Bantai United 7-0, Ini Enam Detik Paling Diingati Klopp Bersama Liverpool

momen klopp liverpool

Bantai United 7-0, Ini Enam Detik Paling Diingati Klopp Bersama Liverpool

Nama Jurgen Klopp sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kancah bola sepak dunia.

Bersama Liverpool yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), banyak kejayaan telah ditempa Klopp.

Sejak dilantik menggantikan Brendan Rodgers pada 2015, Klopp berjaya memberikan nafas baharu pada kelab itu.

Bahkan di bawah pimpinannya, Liverpool menjadi salah satu pasukan paling menarik untuk ditonton dan pencabar utama setiap pertandingan yang disertai.

Namun begitu, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Klopp hari ini berkongsi berita mengejutkan apabila mengesahkan musim ini adalah musim terakhirnya bersama Liverpool.

Jadi marilah kita bersama-sama imbas detik-detik manis lagi bersejarah Klopp bersama Juara Eropah Enam kali ini.

Juara Liga Juara-Juara 2018/19

Gambar: Liverpool FC

Dalam saingan Liga Juara-Juara musim 2017/18, Liverpool berjaya mara ke perlawanan akhir dan bertemu dengan ‘King UCL’, Real Madrid.

Klopp bagaimanapun terlepas trofi UCL sulung apabila anak buahnya tunduk kepada gergasi La Liga itu.

Walau bagaimanapun, peristiwa itu tidak menjatuhkan moral Liverpool apabila tampil dengan prestasi yang lebih meyakinkan pada kempen seterusnya.

Pada UCL musim 2018/19 pula, Liverpool berjaya mencipta kejutan di peringkat separuh akhir sewaktu menentang Barcelona.

Dalam perlawanan separuh pusingan pertama di Camp Nou, Liverpool tewas 0-3 kepada Barcelona.

Namun, Klopp membuktikan skuad kendaliannya mempunyai magis tersendiri apabila bangkit dengan 4 gol tanpa balas dalam perlawanan timbal balik di Anfield.

BACA: Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan

Kemenangan itu sekaligus membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir bertemu Tottenham Hotspurs di Madrid.

Dalam perlawanan itu, Liverpool berjaya mengetepikan cabaran Spurs dengan dua gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah dan Divock Origi.

Kejayaan itu sekaligus menghadiahkan Liverpool gelaran UCL keenam dan pertama untuk Klopp.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 

momen klopp liverpool
Gambar: AFP

Pada kempen EPL 2019/20, anak buah Klopp menjadi generasi pertama Liverpool yang berjaya merangkul gelaran liga sejak liga itu dijenamakan semula pada 1992.

Lebih manis, kejuaraan itu menamatkan penantian lebih 30 tahun kelab itu untuk menjulang trofi sulung EPL.

Musim berkenaan menyaksikan anak-anak didik Klopp berada di kelas tersendiri dan jauh meninggalkan pasukan lain.

Mereka dinobatkan sebagai juara liga dengan berbaki tujuh perlawanan dan menamatkan liga dengan jurang 18 mata di atas naib juara, Manchester City.

Menang Semua Piala Bersama Liverpool

Sepanjang lapan tahun bersama The Reds, Klopp juga berjaya meraih semua gelaran peringkat kelab yang ditawarkan.

Selain trofi EPL dan UCL, Liverpool dan Klopp juga menjadi juara Piala FA, Piala Liga, Piala Perisai Komuniti, Piala Super dan Piala Dunia Kelab.

BACA JUGA: Abang-Abang Bangladesh Pun Sokong Malaysia di Qatar

Liverpool 7-0 Manchester United

Sekiranya anda penyokong United, tentunya anda tidak mahu mengingati peristiwa hitam dimalukan tanpa belas oleh Liverpool di Anfield.

Pada penghujung saingan liga 2022/23, Liverpool di bawah jurulatih Jerman itu mempunyai resepi tersendiri untuk membelasah seteru utama.

Dalam perlawanan tersebut, Manchester United dibantai 7-0 tanpa balas. Kemenangan itu juga menjadi kemenangan terbesar dalam sejarah derby antara kedua-dua kelab.

Anehnya, Liverpool bergelut dengan prestasi dalam musim berkenaan dan menamatkan saingan liga dibawah Manchester United.

Hamstring Sewaktu Raikan Gol 

Mungkin cerita ini sedikit berbeza, kebiasaanya kita selalu mendengar pemain bola sepak yang mengalami kecederaan ketika beraksi di atas padang.

Namun berbeza pula dengan Klopp, apabila dia dilapor mengalami kecederaan hamstring pada hari perlawanan.

Detik mencuit hati itu berlaku sewaktu jurulatih itu terlalu gembira meraikan gol kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspurs pada musim lepas.

Lebih melucukan, Klopp turut dilayangkan kad kuning di atas tindakan beliau memarahi pegawai keempat perlawanan.

Sebenarnya, ada banyak lagi detik-detik manis Klopp bersama Liverpool yang boleh disenaraikan.

Namun, biarlah peminat Liverpool yang berbicara mengenainya selepas ini.

BACA: Enam Nama Disebut-sebut Pengganti Klopp Di Liverpool

Sumber: EPSN 

The post Bantai United 7-0, Ini Enam Detik Paling Diingati Klopp Bersama Liverpool appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*