Ambil Masa Lima Jam, Wanita Kongsi “Trip” Dari Indonesia Ke Sarawak Naik Kereta

"trip" indonesia ke sarawak

Ambil Masa Lima Jam, Wanita Kongsi “Trip” Dari Indonesia Ke Sarawak Naik Kereta

Di Malaysia terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti di kawasan pulau, pantai peranginan, hutan simpan, tasik, resort penginapan yang cantik dan banyak lagi.

Keunikan dan kecantikan tempat di negara kita ini sudah pastinya dapat juga dirasai oleh negara jiran terdekat iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk melancong.

Meskipun begitu, siapa sangka warga Indonesia dapat melancong ke Malaysia dengan hanya menaiki kenderaan sahaja.

Baru-baru ini, pengguna akaun Tiktok @Jane The Explorer telah memuat naik mengenai perkongsian pengalamannya menaiki kereta melancong ke Kuching, Sarawak.

Menerusi perkongsian video tersebut,  anggaran kos untuk dia dan keluarganya datang ke Malaysia hanya memerlukan 5 juta rupiah bersamaan dengan RM1,522.

Tambahnya lagi,  anggaran kos yang dikira termasuklah kos tambang kereta, kos bayaran pemandu pelancong selama 3 hari 2 malam, penginapan dan surat-surat yang berkaitan.

“Trip” Indonesia ke Sarawak

Wanita Indonesia tersebut berkongsi pengalaman naik kereta pergi ke negara Malaysia di Kuching Sarawak.

Apa? dari Indonesia ke Malaysia boleh naik kereta? Ya betul, perjalanan boleh sampai ke Kuching, Malaysia,” katanya.

Menurutnya, perjalanan dari Kalimantan pergi ke Kuching hanya mengambil masa selama lima jam.

“Passport harus dibawa sepanjang perjalanan untuk membolehkan anda dapat melalui imigresen.

“Jumlah kos dibayar sebanyak RM1,522 ke pihak pengurusan. Kos ini berbaloi kerana bayaran yang sudah dikira, termasuk pemandu hantar pulang dan balik, hotel penginapan 3 hari 2 malam, dan segala surat-surat diperlukan semuanya diuruskan,” katanya

Pengalaman Travel ke Kuching

Di Kuching ini sama seperti Jakarta tetapi bandarnya ini lebih tersusun”.

Menurut wanita Indonesia itu, terdapat banyak makanan yang terdapat di Kuching,  baginya semua sedap dan murah, sesuai dengan citarasa warga Indonesia.

“Pengudaraan disini juga nyaman sama seperti di Bandung”.

“Jangan lupa berbelanja juga kerana barang-barang yang ada di sini lebih murah”.

@janeferrinka

Salah satu trip paling unik & memorable taun ini. Ada yg mau coba jg ke Malaysia naik mobil? #malaysia #travel #indonesia #kuliner #holiday

♬ Wes Anderson-esque Cute Acoustic – Kenji Ueda

Sumber: TikTok Jane The Explorer 

The post Ambil Masa Lima Jam, Wanita Kongsi “Trip” Dari Indonesia Ke Sarawak Naik Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*