Tiga Beradik Dipercayai Mangsa Dera, Ditemui Dengan Kaki Berantai Tepi Titi

Tiga Beradik Dipercayai Mangsa Dera, Ditemui Dengan Kaki Berantai Tepi Titi

Tiga adik beradik dipercayai mangsa dera ditemui dalam keadaan kaki berantai di tepi titi, Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat hari ini, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berumur antara 13 hingga 16 tahun ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada polis, kata Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop.

“Ketika ditemui, dua daripada mangsa dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

“Mereka dipercayai dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka sebelum bertindak melarikan diri kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kata Yusharifuddin lagi, kes berkenaan kini masih dalam siasatan untuk mendapatkan maklumat lain memandangkan mangsa tidak mahu bercakap ketika ini.

Hasil semakan polis seterusnya juga mendapati dua daripada mangsa memiliki kad Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu bagi masalah pendengaran dan pembelajaran.

Kesemua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan seorang mangsa yang berusia 16 tahun didapati mempunyai kesan luka lama pada kedua belah tangannya, namun masih menantikan laporan dua beradik itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan polis sudah menahan seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai ibu kepada tiga beradik itu dan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Manakala kes kini disiasat dibawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Sumber: Sinar Harian

The post Tiga Beradik Dipercayai Mangsa Dera, Ditemui Dengan Kaki Berantai Tepi Titi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*