Pelumba Drag, Hattem Rashdi Meninggal Dunia Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa

Hattem rashdi meninggal dunia kemalangan drag

Pelumba Drag Hattem Rashdi Disahkan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Di Litar Lumba

Pelumba drag, Hattem Rashdi telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 pada Ahad lepas.

Menurut Sinar Harian, pelumba berkenaan bertarung nyawa selama lebih 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita pemergian pelumba terbabit telah disampaikan oleh kakaknya menerusi Instagram Story di akaun milik Hattem.

“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan bahawa Hattem Rashdi telah meninggal dunia pada jam 2.29 petang, hari ini (Isnin).

“Mereka yang mengenalinya boleh menghadiri pengebumiannya pada pukul 9 pagi esok (Selasa). Terima kasih. Al-Fatihah,” tulis kakaknya.

Insiden kemalangan dalam litar lumba tersebut telah tular di media sosial, memaparkan pelumba tersebut terseret sewaktu cubaannya untuk mencatatkan masa terpantas.

Ketika detik-detik cemas terbabit, pasukan paramedik telah dikerah untuk membantu Hattem yang baru sahaja mengalami kemalangan.

Berdasarkan reaksi orang ramai, kemalangan yang menimpa Hattem bukan satu perkara yang dapat dijangkakan dan berada di luar kawalan mereka.

Memetik Sinar Harian, ini merupakan acara kedua anjuran penganjur yang sama yang melibatkan kematian pada litar lumba.

Sebelum ini, penganjur tersebut  pernah menjadi penganjur sebuah acara di Trek Lumba Terengganu di Gong Badak pada 2022.

Dalam acara tersebut, seorang peserta dilaporkan maut dalam kemalangan ketika perlumbaan pada tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superitenden Mohd Zaidi Mat Zin memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: @hafiz_pmp64 via TikTok, Sinar Harian

The post Pelumba Drag, Hattem Rashdi Meninggal Dunia Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*