Tiga parah dalam kemalangan di Kampung Batu Belah Klang

KLANG – Tiga parah termasuk seorang wanita selepas terlibat kemalangan di Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah di sini, hari ini.

Dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan dan motosikal itu, mereka yang parah berusia 29 hingga 48 tahun selepas patah kaki kanan dan kiri serta paha.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.13 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awam mendapati kemalangan melibatkan kenderaan masing-masing jenis Perodua Kancil dinaiki pasangan suami isteri selain Proton Saga, motosikal dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dari Pelabuhan Klang ke Shah Alam berhampiran sebuah sekolah rendah.

“Impak kemalangan itu menyebabkan penumpang Perodua Kancil dan pemandu Proton Saga tersepit manakala penunggang motosikal berusia 29 tahun tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.

“Kesemua mereka dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, dua lagi iaitu pemandu iaitu Perodua Kancil yang patah tangan kiri dan pemandu pacuan empat roda yang cedera ringan keluar sendiri sebelum ketibaan bomba.

Tambah Norazam, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga parah dalam kemalangan di Kampung Batu Belah Klang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*