Lelaki Terkejut Ular Sawa 10Kg ‘Tumpang’ Mangkuk Tandas Rumah

ular sawa mangkuk tandas

Lelaki Terkejut Ular Sawa 10Kg ‘Tumpang’ Mangkuk Tandas Rumah

PASIR PUTEH — Kehadiran seekor ular sawa seberat 10 kilogram (kg) di dalam  mangkuk tandas telah mengejutkan seorang lelaki di rumahnya di Kampung Wakaf, Kelantan semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut pemilik rumah tersebut, pada awalnya dia terdengar bunyi seperti serpihan kayu jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.

Bagaimanapun, bunyi yang disangka serpihan kayu itu nyata mengejutkannya dengan kemunculan reptilia sepanjang dua meter berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pada jam 2.05 petang, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan.

“Setiba di lokasi, kami dapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas,” ujarnya sewaktu dihubungi semalam.

Tambah Nik, anggota bomba berjaya membuat penangkapan ular sawa itu dengan menggunakan penjerut, pengepit dan pengait.

60 Ekor Ular Sawa Ditangkap Sejak Januari

Mengulas lebih lanjut, sebanyak 60 ekor spesies berkenaan telah berjaya ditangkap sejak Januari lalu.

Maklum Nik, susulan cuaca panas yang melanda negara, reptilia berkenaan keluar dari tempat biasa untuk mencari kawasan yang lembap dan sejuk.

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Ular Sawa Tersekat Dalam Saluran Jamban

Terdahulu, seekor ular sawa seberat 23 kilogram (kg) ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah rumah di Samut Prakan, Thailand, lapor The Thaiger.

Difahamkan, kehadiran ular itu disedari selepas pemilik rumah menggunakan tandas. Dia berasa pelik susulan jamban yang digunakan tidak boleh dipam.

Tanda tanya itu bagaimanapun terjawab dengan penemuan seekor ular sawa di dalam saluran paip. Susulan itu, pasukan penyelamat tempatan segera dihubungi dan bergegas ke lokasi berkenaan.

Pada awalnya, cubaan untuk menarik keluar ular itu secara manual gagal. Pasukan penyelamat terpaksa mengambil keputusan untuk memotong sambungan saluran paip bagi mengeluarkan reptilia itu.

Penemuan ular berkenaan turut tular di platform media sosial Facebook.

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Terkejut Ular Sawa 10Kg ‘Tumpang’ Mangkuk Tandas Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*