Tiga Pencuri Pecah Masuk Kedai & Larikan Lebih 200 Kasut Kaki Kanan Diburu Polis

Pencuri 200 kasut kaki kanan

Tiga Pencuri Pecah Masuk Kedai & Larikan Lebih 200 Kasut Kaki Kanan Diburu Polis

Seramai tiga individu dikesan memecah masuk sebuah kedai kasut di tengah bandar Huancayo di Peru sebelum melarikan lebih 200 kasut bahagian kaki kanan, lapor New York Post.

Rompakan yang didakwa sebagai sia-sia itu telah menyebabkan kerugian lebih daripada USD13,000 (RM57,00).

Menurut laporan itu lagi, pencuri mungkin akan berdepan dengan masalah sukar untuk mencari pembeli, melainkan mereka yang tidak mempunyai kaki kiri.

Rakaman CCTV berjaya merakam perbuatan jenayah tiga pencuri itu yang telah memecah masuk pada tengah malam dan menggunakan basikal tiga roda.

Kredit New York Post

“Kami telah mengumpul bukti di tempat kejadian.

“Perkara luar biasa mengenai rompakan ini adalah kasut yang dicuri hanya untuk kaki kanan sahaja,” kata Ketua Polis tempatan, Eduan Diaz kepada media tempatan.

Polis juga percaya bahawa dengan rakaman dan cap jari perompak yang diperolehi, perompak pasti akan diberkas.

“Dengan rakaman dan cap jari, kami akan dapat mengesan individu tersebut,” tambahnya lagi.

Ingatkan Tak Ada Orang, Tular Aksi Lelaki Disyaki Pencuri Tak Jadi Pecah Masuk Kedai

Terdahulu, tular di media sosial Indonesia selepas satu rakaman CCTV, berjaya merakam aksi seorang lelaki yang disyaki pencuri memecah masuk sebuah kedai menjual telefon.

Apa yang menarik adalah,kejadian itu berlaku ketika pemilik kedai masih berada di dalam premis tersebut, lapor Suara.com.

Video rakaman CCTV tersebut telah dikongsi oleh akaun Instagram @memomedsos.

Video pendek tersebut memaparkan keadaan semasa di dalam kedai menjual telefon bimbit ketika kedai itu sudah ditutup.

Berdasarkan video itu lagi, dapat dilihat pemilik kedai berkenaan masih berada di kaunter dan secara tiba-tiba seorang lelaki berpakaian hitam menerjah masuk kedai berkenaan. Malahan separuh badannya sudah berada di dalam kedai tersebut.

Walaupun dalam keadaan terkejut, pemilik kedai itu tidak menjerit bahkan dia seakan sempat bertanyakan sesuatu dengan tenang kepada lelaki tersebut.

Tindakan pemilik kedai itu telah membuatkan pencuri itu bergerak keluar dari kedai itu dengan pantas. Pemilik kedai itu juga dilihat mengambil telefonnya dan sempat membuat panggilan sejurus kejadian itu berlaku.

Sumber: New York Post

The post Tiga Pencuri Pecah Masuk Kedai & Larikan Lebih 200 Kasut Kaki Kanan Diburu Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*