Kemas Berbaju Batik, Kontinjen Malaysia Pamer Corak Tradisional Di Pentas Pembukaan Sukan SEA Kemboja

Atlet Malaysia

Kemas Berbaju Batik, Kontinjen Malaysia Pamer Corak Tradisional Di Pentas Pembukaan Sukan SEA Kemboja

Majlis pembukaan Sukan SEA ke-32 dengan gilang-gemilangnya telah berlangsung pada malam ini bertempat di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh.

Majlis pembukaan pada kali ini menyaksikan seramai 677 atlet dan pegawai Malaysia segak berpakaian batik berwarna merah dan biru sewaktu upacara perarakan masuk para atlet.

Atlet wanita Malaysia dilihat kemas menggayakan pakaian batik berwarna merah, manakala atlet lelaki segak menggayakan kemeja batik berwarna biru.

Kontinjen Malaysia diketuai oleh Ketua Kontinjen Datuk Mohd. Nasir dan pembawa bendera iaitu R. Sharmendran yang merupakan atlet Karate Do negara.

Kemboja yang buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwitahunan ini akan mempertandingkan sebanyak 34 jenis sukan. Dengan secara keseluruhan sebanyak 340 acara.

Upacara pembukaan pada malam ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. Majlis itu juga turut dihadiri oleh ramai tetamu kehormat negara dan antarabangsa serta peminat sukan di seluruh negara.

Malaysia sasar 40 pingat emas bagi temasya kali ini

Kontinjen Malaysia bagi Sukan SEA kali ini telah mensasarkan sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa bagi temasya sukan gilang-gemilang tersebut.

Sukan SEA ke-32 pada 2023 kali ini disertai sebanyak 11 negara. Antara negara yang terlibat ialah Kemboja (tuan rumah), Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan Brunei.

Walau bagaimanapun, tidak semua negara akan menghantar wakil atlet mereka bagi setiap kategori sukan yang dipertandingkan pada temasya kali ini.

Dalam sukan bola sepak lelaki misalnya, negara Brunei tidak menghantar pasukan mereka untuk acara sukan terbesar peringkat ASEAN pada kali ini.

BACA: Sukan SEA 2023: Malaysia Hantar 677 Atlet Ke Kemboja

Sukan SEA pada 2023 kali ini akan bermula pada 5 Mei dan akan berakhir ada 17 Mei depan.

Untuk makluman, Kemboja telah mempersiapkan negara mereka selama tujuh tahun dengan pembangunan infrastruktur dan pembinaan kapasiti atlet.

Persiapan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada para atlet, pegawai sukan serta peminat acara sukan yang bakal dipertandingkan.

Sumber: Bernama, Astro Awani

The post Kemas Berbaju Batik, Kontinjen Malaysia Pamer Corak Tradisional Di Pentas Pembukaan Sukan SEA Kemboja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*