Tiga Sekeluarga Cemas Kereta Dipijak Kumpulan Gajah Di JRTB

tiga sekeluarga gajah

Tiga Sekeluarga Cemas Kereta Dipijak Kumpulan Gajah Di JRTB

IPOH, 27 Nov (Bernama) — Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dipijak sekumpulan gajah di KM55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sebelum Hentian Titiwangsa, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata ketika kejadian kira-kira 7.35 malam itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun dalam perjalanan dari arah Pulau Pinang menghala ke Jertih, Terengganu.

“Apabila sampai di lokasi yang berselekoh ke kiri, tiba-tiba pemandu tersebut ternampak sekumpulan enam ekor gajah berada di lorong menghala Jeli dan kemudiannya terlanggar seekor anak gajah.

“Selepas itu, kumpulan gajah berkenaan menghampiri lalu memijak kereta terbabit namun setelah anak gajah yang dilanggar bangun, kumpulan gajah beredar dalam keadaan hujan renyai-renyai dan berkabus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat kejadian itu, kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri, hadapan dan belakang manakala pemandu dan isterinya yang berusia 47 tahun dan anak mereka 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu melalui kawasan tersebut kerana kemungkinan bertemu kumpulan gajah.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gajah Tertua Malaysia, Lokimala Mati Pada Usia 86 Tahun

The post Tiga Sekeluarga Cemas Kereta Dipijak Kumpulan Gajah Di JRTB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*