Timbalan Menteri Kewangan, Steven Taja Bekas Guru Tunai Umrah

Steven Taja Guru umrah

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Taja Bekas Guru Tunai Umrah

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong menaja bekas gurunya, Cikgu Zaniyah dan suaminya, Pak Johari menunaikan ibadah umrah pada hari ini.

Beliau dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi memaklumkan bahawa dirinya bergegas ke lapangan terbang untuk memberi kejutan buat gurunya itu.

“Bangun sebelum subuh, pergi airport kasi kejutan kat Cikgu Zaniyah,” tulisnya.

Gambar: Fb Steven Sim Chee Keong

Tambah Steven, beliau mengotakan janji untuk menaja bekas gurunya itu sewaktu darjah satu dengan menggunakan wang ringgitnya sendiri.

“Bulan Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah 1 saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari untuk menunaikan umrah.

“Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai duit peruntukan kerajaan.

“Sebab nak susun jadual Cikgu, jadi kena ambik masa sikit. Kini penantian lapan bulan untuk ke Tanah Suci Mekah berakhir,” maklumnya di platform berkenaan hari ini.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Hilang Penat Bila Tengok Senyuman Cikgu – Steven

Gambar: Fb Steven Sim Chee Keong

Kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, meskipun sedikit penat kerana bangun pada awal pagi, namun segalanya hilang dek senyuman yang terukir di raut wajah gurunya itu.

Tambahan lagi, beliau hadir tanpa pengetahuan Cikgu Zaniyah dan suaminya.

“Cikgu tak tau saya akan datang ke airport untuk menghantar mereka. Saya tak habaq sebab nak bagi surprise kat Cikgu.

“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah Cikgu dan Pak Johari,” katanya lagi.

Steven turut memanjatkan doa agar gurunya selamat pergi dan kembali dari Tanah Suci Mekah.

“Di Tanah Suci nanti, mohon Cikgu halalkan segala ilmu yang diajar kepada Steven dan doakan Steven diberi kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat.

“Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga dianugerahkan umrah yang mabrur,” jelasnya.

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong

The post Timbalan Menteri Kewangan, Steven Taja Bekas Guru Tunai Umrah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*