Ranking Roti Terbaik Dunia: Roti Canai Dari Malaysia Jatuh No. 2, Dipintas Colombia

ranking roti terbaik dunia

Ranking Roti Terbaik Dunia: Roti Canai Dari Malaysia Jatuh No. 2, Dipintas Colombia

Seperti yang diketahui terdapat pelbagai jenis roti yang sedap dan terbaik di seluruh dunia dengan pelbagai rupa bentuk, tekstur dan rasa.

Namun, siapa menyangka bahawa roti canai yang menjadi menu sarapan kesukaan rakyat Malaysia tersenarai dalam carta roti terbaik dunia?

Jika anda masih ingat lagi, sebelum ini roti canai pernah mengungguli tempat pertama dalam carta roti terbaik dunia mengalahkan 49 jenis roti dari beberapa negara lain.

Ketika itu roti canai telah diberi penilaian 4.9 daripada 5, setaraf dengan pan de bono dari Colombia yang berada di tempat kedua carta, menjadikan kedua-duanya sebagai roti terbaik di dunia.

Dalam carta itu sebelum ini, Malaysia melalui roti canai turut berjaya mengalahkan India yang popular dengan hidangan roti naan serta pastri terbaik dunia, Eropah.

BACA JUGA: Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Walau bagaimanapun, rekod juara roti canai itu nampaknya sedikit ‘tercalar’ apabila kedudukannya kini jatuh ke tempat dua dipintas pan de bono dari Colombia.

Roti canai kini menduduki tangga kedua roti terbaik di dunia dengan penilaian 4.8 daripada 5 di bawah pan de bono yang meraih penilaian 4.9.

Namun begitu, roti canai dianggap masih cemerlang kerana ia berada di atas roti butter garlic naan dari India (tempat ketiga) dan roti nan-e barbari dari Iran (keempat) yang masing-masing berkongsi penilaian 4.8 daripada 5.

Kredit: Tasteatlas.com

Manakala roti pão de queijo dari Brazil menduduki tangga kelima roti terbaik dunia dengan penilaian 4.7.

BACA JUGA: Sebelum Tebar, Ini Cara Tenyeh Doh Roti Canai Dengan Betul

Menurut Taste Atlas lagi, hidangan berasal dari ibu kota Perancis  Paris iaitu roti Baguette menduduki tempat keenam dengan penilaian 4.6.

Manakala ‘kembar roti canai’ iaitu roti naan dari India dicatatkan pada tempat ketujuh bersama roti piadina romagnola dari Itali di kedudukan kelapan, roti marraqueta dari Chile di tempat kesembilan dan pan de yuca dari Colombia di tempat ke-10.

Kesemua roti itu masing-masing mendapat pungutan nilai sebanyak 4.6 daripada 5.

Roti Canai Dipandang Tinggi Di Seluruh Dunia

Sebelum ini SK menerusi Taste Atlas melaporkan roti canai Malaysia mendahului senarai roti terbaik di dunia pada awal September lalu.

Perkara ini jelas menunjukkan hidangan sarapan terkenal negara ini dipandang tinggi di seluruh dunia dengan mengalahkan pesaing lain yang lebih ‘gah’ dengan reputasinya.

Secara tidak langsung ia mengangkat imej Malaysia di persada dunia.

Sumber: Taste Atlas

The post Ranking Roti Terbaik Dunia: Roti Canai Dari Malaysia Jatuh No. 2, Dipintas Colombia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*