TM Tawar VSS Kepada Staf 50 Tahun Atas, Boleh Dapat Pampasan Maksimum 36 Bulan

TM Tawar VSS Kepada Staf 50 Tahun Atas, Boleh Dapat Pampasan Maksimum 36 Bulan

PETALING JAYA  — Telekom Malaysia (TM) menawarkan dua skim pemisahan sukarela kepada kakitangan bukan eksekutifnya yang berumur 50 tahun dan ke atas, lapor MSN.

Difahamkan, ia sebagai langkah untuk mengurangkan tenaga kerjanya.

Menurut laporan tahunan 2022, syarikat tersebut mempunyai 19,499 orang pekerja.

Dianggarkan sebanyak 52 peratus daripadanya tergolong dalam kategori bukan eksekutif manakala selebihnya adalah eksekutif.

Difahamkan, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 500 pekerja untuk dikurangkan.

Tambah kenyataan tersebut, skim itu dikenali ‘Mesra’ bagi mereka yang berumur 55 hingga 58 tahun dan Pelan Pemisahan Sukarela (VSP), bagi mereka yang berumur 50 hingga 54 tahun.

Bagi skim Mesra, TM berjaya memperolehi pendapatan RM12.1 bilion tahun lepas.

Susulan itu, syarikat berkenaan menawarkan jumlah bersamaan dengan setengah bulan gaji pokok terakhir dikeluarkan untuk baki bulan perkhidmatan sebelum bersara

Bukan itu sahaja, pekerja juga layak mendapat manfaat perubatan dengan maksimum RM15,000  untuk setahun (rawatan pesakit dalam). Manakala RM4,000 untuk rawatan pesakit luar.

Manfaat perubatan ini termasuk perbelanjaan untuk penjagaan pergigian dan optikal, dan pemeriksaan perubatan.

Bagi VSP, TM menawarkan gaji asas satu setengah bulan untuk setiap tahun berkhidmat. Walau bagaimanapun, ia dihadkan pada gaji maksimum 36 bulan.

Susulan itu, golongan ini tidak akan mendapat sebarang faedah perubatan.

Walau bagaimanapun, masih belum ada maklum balas yang dikehendaki sambil menambah skim permohonan itu bakal ditutup pada 31 Julai, maklum sumber.

Sumber: MSN 

The post TM Tawar VSS Kepada Staf 50 Tahun Atas, Boleh Dapat Pampasan Maksimum 36 Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*