Tragis, Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Ketika “Selfie”

maut dilanggar kereta api

Tragis, Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Ketika “Selfie”

Gara-gara cuba mengambil swafoto untuk kandungan media sosial, seorang remaja lelaki warga India maut secara tragis selepas dilanggar kereta api berhampiran stesen kereta api Bharatnagar, Hyderabad, pada petang Jumaat.

Lapor Times Of India, mangsa yang berusia 16 tahun pergi ke landasan kereta api berhampiran rumahnya bersama dua rakannya untuk merakam gambar dan video.

Pegawai dari Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) Nampally, A Srinivas berkata rakaman klip dan gambar itu merupakan kandungan untuk akaun media sosial miliknya.

“Ketika mangsa berdiri di sebelah landasan untuk mengambil foto, kereta api yang lalu telah merempuhnya,” katanya.

Difahamkan, dia tidak dapat mengelak daripada dilanggar kereta api itu walaupun rakan-rakannya, yang merakam menggunakan telefon bimbit berjaya melarikan diri selepas kereta api itu menghampiri mereka, menurut South First.

“Lelaki itu telah dilanggar oleh kereta api MMTS (Sistem Pengangkutan Pelbagai Modal) yang biasanya dua kaki lebih lebar daripada tren biasa.

“Kemungkinan ini merupakan sebab remaja lelaki itu tidak sempat melarikan diri,” jelas Srinivas.

Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan rakan-rakannya yang berada di situ segera memaklumkan kepada ahli keluarganya.

“Rakan-rakanya memberitahu bahawa kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 3.30 petang.

“Pekerja kereta api memaklumkan kepada kami kira-kira 4.30 petang. Kami perlu mengesahkan butiran tersebut,” ujar Srinivas.

Dalam pada itu, kakitangan kereta api turut memaklumkan kepada polis berhubung kemalangan itu.

Mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Osmania di Afzal Gunj untuk bedah siasat oleh pihak berwajib.

BACA: Kepala Kereta Api Penumpang Dalam Perjalanan Dari Tumpat Ke JB Terbakar Di Tanah Merah

Tular di media sosial

Dalam video kejadian yang tular di media sosial, lelaki yang berdiri berdekatan trek itu boleh dilihat membelakangi kereta api yang menghampirinya.

Menurut bapa mangsa, anaknya telah meninggalkan rumah di Yousufguda sekitar jam 1 petang untuk solat Jumaat.

“Saya telah memintanya untuk solat di rumah, tetapi dia berkata dia akan menunaikan solat di masjid terdekat,” katanya.

Bapanya berkata demikian dalam satu kenyataan video yang tersebar di media sosial.

Jelasnya, kira-kira 3 petang, dua rakan sekolahnya datang ke rumah memaklumkan mengenai kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 174 CrPC dan polis akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai punca kematian tersebut.

Sumber: Times Of India, South First

The post Tragis, Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Ketika “Selfie” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*