Tragis, Suami Siram Asid Ke Atas Isteri & Bayi Hingga Meninggal Dunia

suami siram asid

Tidak mempunyai hati perut, seorang suami bertindak ganas menyiram asid ke atas isteri dan bayi berusia setahun lapan bulan hingga kedua-duanya meninggal dunia pada Isnin, lapor Kompas.com.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Jakarta Barat, Indonesia itu adalah kerana pertengkaran yang menyebabkan suami tersinggung dengan kata-kata isterinya sehingga dia berbuat demikian.

Ketua Polis Cengkareng Pesuruhjaya Ardhie Demastyo mengesahkan insiden itu menyebabkan dua mangsa terkorban dan peristiwa tersebut terjadi di Cengkareng, Jakarta Barat sekitar jam 1 pada waktu tempatan.

Menelusuri kronologi, Ardhie menjelaskan kejadian itu mula diketahui penduduk sekitar apabila mangsa berlari keluar rumah sambil menjerit meminta pertolongan daripada mereka.

Mangsa berlari ke arah jirannya dan memberitahu bahawa suaminya telah menyimbahnya dengan asid.

Selepas itu, jiran mangsa membawa mangsa dan anaknya ke Hospital Cengkareng untuk rawatan. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka dan tangan.

Manakala anaknya cedera parah di bahagian muka dan badan sebelum kedua-dua mangsa akhirnya meninggal dunia semasa dirawat di hospital.

Dalam pada itu, suspek melarikan diri selepas menyimbah asid ke atas isterinya dengan menaiki teksi motosikal.

Ardhie berkata kes itu akan dipindahkan ke Polis Metro Jakarta Barat dan suspek kini diburu polis.

“Kami akan segera memindahkan kes ini ke Unit PPA Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat,” ujar Ardhie.

Sumber: Kompas.com

The post Tragis, Suami Siram Asid Ke Atas Isteri & Bayi Hingga Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*