Trak Terbabas, ‘Banjir’ Ikan Keli Landa Kampung Di Jawa Tengah

jalan dibanjiri ikan keli jawa tengah

Trak Terbabas, ‘Banjir’ Ikan Keli Landa Kampung Di Jawa Tengah

Sebuah trak yang membawa muatan ikan keli terlibat dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku berdekatan Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Mei lepas.

Akibat impak kemalangan tersebut, muatan ikan keli berkenaan tumpah memenuhi atas jalan.

Menerusi video yang menjadi tular di media sosial, ikan keli yang masih hidup itu dilihat bergerak-gerak dan menarik perhatian penduduk setempat.

Penduduk di kawasan tersebur dilihat berkumpul di kawasan kemalangan dan turut membawa beberapa peralatan bagi menguruskan muatan yang tumpah.

Kehadiran penduduk kampung berkenaan bagi membantu mengalihkan ribuan ikan keli tersebut yang menghalang laluan.

Dengan berbekalkan bakul, mereka mengutip ikan keli yang bertebaran di atas jalan raya secara beramai-ramai.

Ada yang menggunakan peralan kebersihan seperti penyapu dan penyodok. Ada juga yang hanya menggunakan tangan kosong untuk menangkap ikan tersebut.

Dalam video TikTok kiriman pengguna Choiiiikayuuu (@choiiiikayuuu), jalan raya juga kelihatan basah akibat kesan tumpahan air daripada muatan tersebut.

Reaksi warga maya atas insiden ‘banjir ikan keli’

Rata-rata, warga maya merasa hairan atas apa yang berlaku dalam video terbabit. Mereka menyangka kawasan tersebut dilanda hujan ‘ikan keli’.

“Dari mana datang nya ikan sebanyak itu?”

“Lah, aku ingatkan hujan ikan,”

Ada pengguna yang bersimpati, baik bagi pihak penduduk kampung yang bergotong royong membersihkan jalan tersebut mahupun pengusaha ikan keli itu.

“Kasihan, ikan yang mahu dijual tumpah ya”

“Kasihannya…sampai orang ramai ikut membantu untuk mengumpulkan ikan yang tertumpah (di atas jalan)”

Tindakan penduduk kawasan yang segera menghulur tangan ketika insiden berlaku turut menarik perhatian para warga maya.

“Orang ramai baik hati untuk membantu,” komen seorang pengguna.

Video banjir ikan keli landa kampung di Indonesia ini ada dibawah.

@choiiiikayuuu

♬ Menjemput Rezeki – Sinka Sisuka

BACA: Ini Cara Betul Cuci Rambut Macam Di Salon

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sajian. Sumber makanan tersebut sering disediakan sebagai ikan bakar dan sangat digandingkan dengan air asam sebagai pencicah.

Di kawasan kampung, ikan keli bakar dan air asam juga seringkali dimakan bersama-sama ulam rebus berserta air garam.

Sumber: Tribun Video, choiiiiikayuuu via TikTok

The post Trak Terbabas, ‘Banjir’ Ikan Keli Landa Kampung Di Jawa Tengah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*