Tular Aksi Wanita Berani Layan Ular Tedung Seakan Kucing Buat Ramai Meremang

wanita layan ular tedung

Tular Aksi Wanita Berani Layan Ular Tedung Seakan Kucing Buat Ramai Meremang

Tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah video mengenai aksi seorang wanita sedang bermain dengan seekor ular ‘King Cobra’, lapor Taman Pendidikan.

Video yang dikongsikan oleh akaun YouTube @BagusKomaraTv dengan kapsyen wanita penawan ular ‘Cobra’ telah ditonton lebih daripada 15 ribu kali.

Berdasarkan perkongsian tersebut, latar belakang video berkenaan dipercayai berlaku di sebuah tempat tarikan pelancong yang dihadiri oleh ramai orang.

Wanita layan ular tedung

Alunan muzik tradisional juga dapat didengar melalui video tersebut. Wanita berani yang bertudung hitam itu dapat dilihat sedang membelai bahagian depan dan belakang badan haiwan berbisa tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Wanita tersebut dengan tenang telah membelai ular berkenaan sambil mengukir senyuman dibibirnya sambil dilihat oleh orang ramai di sekitarnya.

Kredit @BagusKomaraTV/YouTube

Menariknya, ular King Cobra itu langsung tidak cuba menyerangnya, malah ular berbisa terpanjang di dunia itu nampak sangat tenang. Ular itu sepertinya menikmati belaian perlahan daripada wanita tersebut.

Kredit @BagusKomaraTV/YouTube

Perkongsian video wanita tersebut bersama ular berkenaan telah mengundang reaksi pelbagai. Ada yang kagum dan ada juga yang memberi amaran supaya berhati-hati.

Antara komen yang diterima adalah seperti berikut:

“Mereka adalah pengendali yang hebat. Seperti Singa, apabila dia pulang ke rumah, mereka tetap akan menjadi kucing,” tulis seorang warganet.

“Beringatlah, ular tedung tidak jinak. Kadang-kadang naluri liarnya akan muncul,” tulis seorang warganet yang memberi amaran.

“Jangan buat seperti itu, lepaskan saja ular tersebut,” tulis seorang warganet yang ngeri lihat aksi tersebut.

Walaupun anda sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan haiwan berbisa ini, langkah berhati-hati sangt perlu dititik beratkan. Ini kerana ular tedung merupakan salah satu ular berbisa terbesar di dunia.

King Cobra mempunyai racun yang sangat toksik dan boleh menyebabkan kematian kepada manusia dalam masa yang singkat jika tidak dirawat dengan cepat.

King Cobra juga dikenali sebagai ular yang sangat agresif dan mudah diprovokasi. Apabila merasa terancam, ular tedung ini boleh menegakkan badan dan mengeluarkan bunyi yang kuat sambil mengancam lawannya.

Jika keadaan menjadi lebih teruk, ular ini boleh menyerang dengan kelajuan yang luar biasa dan boleh mematuk atau menggigit mangsanya.

Selain berbahaya, King Cobra juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan boleh menembusi pakaian atau perlindungan manusia.

Sumber: Taman Pendidikan, YouTube

The post Tular Aksi Wanita Berani Layan Ular Tedung Seakan Kucing Buat Ramai Meremang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*