Tular Dukung Bayi Naik “Jet Ski”, Wanita Tampil Mohon Maaf

Tular Dukung Bayi Naik “Jet Ski”, Wanita Tampil Mohon Maaf

Nama Ria Ricis pempengaruh Indonesia menjadi bualan hangat selepas membuat perkongsian membawa anaknya yang berusia lima bulan menaiki jet ski sewaktu bercuti.

Menurut laman berita Coconuts, menamakan bayi tersebut dengan nama Moana tidak membuatkannya menjadi sebahagian daripada laut seperti sebuah animasi popular Moana.

Perbuatan Ria Ricis bersama suaminya Teuku Ryan itu telah mendapat komen pelbagai daripada pengguna media sosial termasuk dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Ria Ricis dikatakan akhirnya telah menyedari perbuatannya itu telah membahayakan anak perempuannya yang baru sahaja berusia lima bulan.

Berdasarkan video yang di muat naik Ria Ricis di Instagram miliknya, dapat dilihat suaminya telah membawa jet ski sambil memegang anaknya menggunakan sebelah tangan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Walaupun kedua ibu bapa tersebut memakai jaket keselamatan, namun bayi berusia lima bulan itu tidak memakai jaket keselamatan atau peralatan keselamatan yang lain.

Tiada perkara buruk yang berlaku kepada keluarga tersebut melainkan mereka telah mendapat kecaman yang meluas kerana telah membahayakan nyawa seorang bayi.

Salah seorang pengguna media sosial sempat meninggalkan komen sinis mereka di ruangan komen video tersebut.

“Amaran! Jangan tiru, kerana aksi ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang dahagakan populariti dan duit semata,” tulis seorang netizen dengan sinis.

Ekoran mendapat kecaman hebat, menerusi temu bual TV pada minggu ini, Ria mengakui bahawa dia dan suaminya bersalah dalam hal tersebut dan berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang kesejahteraan anaknya.

“Jadi jangan tiru aksi ini,” kata Ria sewaktu ditemu bual.

Sumber: Coconuts

The post Tular Dukung Bayi Naik “Jet Ski”, Wanita Tampil Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*