Rakyat Malaysia Boleh Salur Sumbangan Ke Akaun AAKRP Untuk Bantu Rakyat Palestin – Menteri

akaun sumbangan rakyat palestin

Rakyat Malaysia Boleh Salur Sumbangan Ke Akaun AAKRP Untuk Bantu Rakyat Palestin – Menteri

Kerajaan Malaysia kini telah membuka akaun sumbangan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat sumbangan.

Perkara itu di umumkan oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam perbahasan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka yang mahu menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Sebagai permulaan, rakyat Malaysia yang mahu menyalurkan dana kepada rakyat Palestin, sumbangan boleh dilakukan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin,” kata Zambry dalam perbahasannya.

Justeru, bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan mahu membantu meringankan beban rakyat Palestin, bantuan sumbangan kini sedang dijalankan.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga menggesa agar dunia serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk segera menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Terutamanya dari segi bantuan asas dan perubatan kepada penduduk Palestin yang terjejas.

Sumbangan boleh dibuat dengan melayari pautan https://forms.gle/PQiA5weQESnCB8pC8 atau mengimbas kod QR di bawah.

Butiran Akaun Bank AAKRP (Online Bank Transfer)

Nama Akaun : Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP)
Bank               : CIMB Islamic Bank Berhad
No. Akaun      : 86-0030248-9

Sumbangan awal RM1 juta akan diserahkan kepada Palestin

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa sumbangan awal sebanyak RM1 juta untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin akan diserahkan pada hari ini.

“Sebentar lagi saya akan menyampaikan bagi pihak rakyat Malaysia sumbangan awal RM1 juta kepada rakyat Palestin dari dana AAKRP. Ia akan disampaikan kepada Tuan Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia,” tambahnya lagi.

Tambah Zambry, beliau juga menjemput ahli dewan yang berkelapangan untuk turut serta dalam majlis ringkas untuk penyerahan tersebut.

“Saya juga ingin menjemput YB yang berkelapangan untuk turut serta dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan di lobi Parlimen selepas ini.

“Ini secara langsung menunjukkan komitmen berterusan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin apa jua cara dan kaedah untuk meringankan beban mereka,” akhiri Zambry.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: Astro Awani 

The post Rakyat Malaysia Boleh Salur Sumbangan Ke Akaun AAKRP Untuk Bantu Rakyat Palestin – Menteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*