Tular Gambar Fahmi Fadzil Berucap Di Masjid, JAIS Jalankan Siasatan

fahmi berucap masjid jais

Tular Gambar Fahmi Fadzil Berucap Di Masjid, JAIS Jalankan Siasatan

SHAH ALAM — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bakal menjalankan siasatan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ia susulan tular di media sosial gambar Fahmi yang sedang berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang semalam.

Perkara itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato Haji Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan rasmi tersebut.

Jelas Shahzihan, JAIS telah menerima aduan berkaitan perkara itu. Siasatan lanjut juga bakal dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

BACA JUGA: Fahmi Pertikai Laporan Jangkaan Harga Barang Naik

“Pihak JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil Nazir Masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, JAIS juga memberi nasihat kepada semua calon dan parti politik untuk mematuhi peraturan dan etika di kawasan masjid dan surau.

“JAIS ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti yang ingin bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam masjid atau surau. Ia bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” maklumnya lagi.

Tambah Shahzihan, Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah DYMM Sultan Selangor dan Arahan MAIS.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 

The post Tular Gambar Fahmi Fadzil Berucap Di Masjid, JAIS Jalankan Siasatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*