Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Nekad Tikam Dua Penyewa Sampai Mati

tuan rumah tikam penyewa

Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Nekad Tikam Dua Penyewa Sampai Mati

Seorang pemilik rumah dilaporkan telah ditahan atas dakwaan membunuh dua penyewanya pada Selasa lalu di rumahnya yang terletak di Queens, lapor New York Times.

Ketua detektif Jabatan Polis New York, Joseph Kenny berkata, suspek, 54, dilaporkan telah menyerah diri di balai polis pada pagi Selasa dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Suspek memberitahu polis bahawa dua daripada mangsa adalah penyewa di rumahnya dan mereka dikatakan tidak membayar sewa seperti yang ditetapkan.

Difahamkan, seorang lagi mangsa dalam kejadian pembunuhan itu adalah merupakan teman wanita kepada salah seorang mangsa.

Kredit Lloyd Mitchell

Menurut polis, pegawai polis yang tiba di tempat kejadian telah menemui dua mangsa di dalam bilik tidur di tingkat bawah tanah kira-kira jam 7 pagi.

Manakala seorang lagi mangsa pula ditemui di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah tersebut.

Selain itu, polis juga telah menemui senjata pembunuhan iaitu sebilah pisau di tempat kejadian.

Kesemua mayat mangsa akhirnya berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian sekitar jam 1.30 petang.

Suspek didakwa melakukan pembunuhan itu dan berada dalam tahanan polis sehingga siasatan kes selesai.

Kawasan kejiaran lokasi kejadian pembunuhan didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat dan keluarga

Rumah berwarna hijau muda di hujung jalan dan berada di kawasan kejiranan oleh ramai keluarga itu telah menjadi lokasi pembunuhan kejam tersebut.

Seorang jiran yang berada di kawasan kejiranan itu berkata bahawa dia terkejut selepas mendengar berita kejadian tikaman tersebut.

Menurut lelaki itu, tiada kejadian luar biasa yang berlaku atau didengari pada malam Isnin atau awal pagi Selasa sebelum mayat itu ditemui.

Seorang lagi jiran suspek yang tinggal berhampiran berkata bahawa dia terkejut apabila mendengar siren polis pada pagi Selasa itu.

“Ia sangat mengejutkan untuk bangun pagi dengan bunyi seperti itu,” kata jiran tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: New York Times

The post Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Nekad Tikam Dua Penyewa Sampai Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*