Tular Isu Lelaki Berambut Panjang Diminta Tutup Aurat, Masjid Negara Mohon Maaf

lelaki berambut panjang masjid negara

Tular Isu Lelaki Berambut Panjang Diminta Tutup Aurat, Masjid Negara Mohon Maaf

Pihak pengurusan Masjid Negara tampil memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung yang tular baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Masjid Negara berkata pihaknya telah memberi teguran kepada pengawal keselamatan tersebut supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugas.

“Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan Pengawal keselamatan wanita tersebut.

“Untuk makluman, pengawal keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan.

“Pengawal keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas,” katanya pada Ahad.

Jelasnya lagi, para pengunjung boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas yang telah disediakan bersama-sama butiran pengawal keselamatan di meja pos masing-masing.

Tambahnya, pihaknya akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Para pengunjung boleh klik pautan yang diberikan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki telah diminta untuk menutup aurat ketika memasuki Masjid Negara.

Wanita yang dipercayai adalah pengawal keselamatan di tempat berkenaan secara tegas memintanya untuk menutup aurat.

Sumber: Masjid Negara Malaysia/Facebook

The post Tular Isu Lelaki Berambut Panjang Diminta Tutup Aurat, Masjid Negara Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*