Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak Di Perairan Kunak, Sabah

anggota maritim sabah

Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak Di Perairan Kunak, Sabah

KOTA KINABALU, 7 April (Bernama) — Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.

“Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Che Engku Suhaimi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak Di Perairan Kunak, Sabah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*