Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan

Lamborghini Syamsul berasap

Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan

Dalam satu rakaman tular di TikTok mendedahkan kenderaan mewah jenis Lamborghini dipercayai milik, Pengarah Filem, Syamsul Yusof secara tiba-tiba berasap di bahu jalan.

Memetik Astro Gempak, kejadian tersebut disyaki berlaku pada Ahad malam di sekitar kawasan ibu kota, Kuala Lumpur.

Dalam klip video tersebut, kenderaan berwarna keemasan itu mengeluarkan kepulan asap putih pada bahagian hadapan.

BACA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Susulan itu, kelihatan Syamsul keluar dari kenderaan berkenaan.

Pengarah filem Mat Kilau terbabit kelihatan tenang sewaktu kejadian itu berlaku. Dia kelihatan cuba untuk memeriksa keadaan kenderaan itu.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kejadian itu masih belum diketahui.

@wafieamin

Kereta Lambo kesayangan Syamsul Yusof kelihatan seperti ada terbakar hingga dipenuhi asap… Apa-apapun semoga dipermudahkan .. – kredit syaza #syamsulyusof #lamborghini #terbakar #berasap #puterisarahliyana #irakaza #tiktokmalaysia #viral #fyp #fypシ

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Sebelum itu, tular juga video yang memaparkan Syamsul sedang memandu kereta berkenaan dan menarik perhatian ramai termasuk penunggang motosikal yang bergambar dengannya.

Syamsul pada awal tahun ini mendedahkan bahawa dia sedang sibuk mengarahkan filem Original Gangster yang dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Dia juga kini sentiasa menjadi tumpuan media dan orang ramai selepas isu perceraian antaranya dengan isteri pertama, Puteri Sarah.

Terdahulu, Pengarah Filem terkenal itu mengambil keputusan untuk enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah, lapor Sinar Harian.

BACA: Syamsul Yusof Dilapor Enggan Ceraikan Puteri Sarah

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.

Tambahnya, selaku plaintif,  Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat dalam perbincangan tersebut.

“Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP)” jelasnya.

BACA JUGA: Patut Ke Pilih STPM? Ini Kelebihannya Yang Perlu Lepasan SPM Tahu

Sumber: Astro Gempak

The post Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*