40 terkorban bas bertembung di Senegal

DAKA, Senegal – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas dua bas bertembung secara berdepan di kampung Gnivy dalam wilayah Kaffrine, Senegal, lapor portal berita Daily Mirror kelmarin.

Presiden Senegal, Macky Sall berkata dalam satu kenyataan di laman Twitter bahawa nahas berlaku sekitar pukul 3.30 pagi kelmarin dan beliau amat sedih ekoran kejadian tersebut.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya.

Petugas-petugas keselamatan Senegal membersihkan serpihan bertaburan akibat nahas sebelum lalu lintas kembali normal.

Dalam pada itu, Sall mengisytiharkan tempoh tiga hari bermula semalam sebagai hari berkabung susulan nahas tersebut dan berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat antara kementerian bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan jalan raya.

“Tayar sebuah bas awam yang bergerak di Jalan Nasional Nombor Satu yang menghubungkan barat dan timur Senegal meletup, menyebabkan bas itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas lain,” kata pendakwa raya awam, Cheik Dieng.

Ketua Pasukan Bomba Kebangsaan Senegal, Kolonel Cheikh Fall memberitahu wartawan: “Ia adalah kemalangan yang serius.”

Sekurang-kurangnya 78 orang cedera termasuk beberapa orang yang berada dalam keadaan parah, katanya. – Agensi

The post 40 terkorban bas bertembung di Senegal appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*