Tular Penyokong Merusuh Lagi Di Stadium, Peminat Bola Sepak Indonesia Teringat Tragedi Kanjuruhan

stadium tragedi kanjuruhan

Tular Penyokong Merusuh Lagi Di Stadium, Peminat Bola Sepak Indonesia Teringat Tragedi Kanjuruhan

Insiden rusuhan antara dua penyokong kelab bola sepak di Indonesia sekali lagi tercetus, kali ini melibatkan penyokong kelab PSIS Semarang dan Persib Bandung.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Stadium Jatidiri, Semarang pada Ahad, 20 Ogos 2023. Insiden berkenaan sekaligus mengingatkan penyokong bola sepak disana dengan tragedi Kanjuruhan.

Pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak itu terjadi ketika PSIS kalah 1-2 di tangan Persib Bandung. Suhu panas perlawanan turut dihangatkan dengan deretan kad merah yang dilayankan oleh pengadil dalam perlawanan tersebut.

Susulan keadaan tegang yang berlangsung di stadium berkenaan, tuan rumah pasrah menanti bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada kelab itu.

Menurut Tribun News, sekurang-kurangnya terdapat dua hukuman yang boleh diberikan kepada PSIS. Namun yang pastinya kedua-dua hukuman itu akan menyebabkan kelab berkenaan menanggung kerugian.

Hukuman pertama adalah penggantungan terhadap pemain-pemain yang mendapat kad merah. Manakala hukuman kedua adalah lebih keras seperti denda atau lebih teruk, stadium boleh diarah tutup oleh pihak berkuasa.

Menurut Tribun News lagi, peminat-peminat bola sepak di Indonesia sebenarnya dilarang untuk hadir menyokong kelab mereka yang beraksi di gelanggang lawan.

Bagaimanapun, peraturan itu dilanggar oleh hampir semua peminat dan kelab yang bertanding dalam liga domestik disana.

Lebih mengeruhkan keadaan, situasi bola sepak di Indonesia sebenarnya masih dalam pemantauan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan tragedi di Stadium Kanjuruhan yang mengorbankan 134 mangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS Semarang Pasrah

CEO PSIS Semarang, Yoyok Sukawi, mengaku pasrah apabila pemainnya, Mahesa Jenar mendapat hukuman dari Jawatankuasa Disiplin, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Yoyok berkata, beliau yakin bahawa Jawatankuasa Disiplin PSSI akan mengeluarkan hukuman berbentuk sitaan tempat duduk penyokong di lokasi rusuhan terbabit.

Setakat ini, tempoh bagi hukuman sitaan tempat duduk peminat tersebut masih belum diketahui dan perkara ini sudah pasti memberi kerugian kepada PSIS.

@jabarekspres

Saling lempar botol dan serbuk tepung, laga PSIS kontra Persib diwarnai kericuhan supporter – Laga PSIS Semarang versus Persib Bandung di Stadion Jatidiri Minggu (20/8) kemarin diwarnai aksi ricuh sejumlah supporter. Kericuhan pertama terjadi saat gawang PSIS kebobolan di menit ke-23. Supporter Persib yang berada di Tribun Timur sektor utara bagian bawah Stadion Jatidiri terlibat keributan dengan oknum supporter PSIS yang berada di atasnya. Beruntung keributan itu bisa diredam. – Keributan kembali terjadi setelah pertandingan selesai. Hasil akhir 1-2 untuk kemenangan Persib Bandung membuat oknum supporter PSIS mengamuk. Sejumlah Bobotoh Persib yang hadir di Stadion Jatidiri jadi sasaran amuk oknum supporter PSIS. Bobotoh yang hadir jadi bulan-bulanan pendukung PSIS, bahkan salah satu dari bobotoh yang hadir terlempar hingga jatuh dari tribun. – Hingga Minggu (20/8) malam, sekitar 200 Bobotoh masih tertahan di Stadion Jatidiri dan dalam penjagaan ketat guna mengantisipasi keributan susulan. Akibat kejadian itu, belasan Bobotoh Persib alami luka-luka dan mendapatkan perawatan medis. – #jabarekspres #tiktokpersib #fyp #psispersib #briliga1 #bobotohpersib #infobobotoh #explorepersib

♬ suara asli – Jabar Ekspres – Jabar Ekspres

BACA: Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX 

Sumber: Tribun News

The post Tular Penyokong Merusuh Lagi Di Stadium, Peminat Bola Sepak Indonesia Teringat Tragedi Kanjuruhan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*