Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung

penganggur ibu kandung

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung

MUAR, 28 Jun (Bernama) — Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di sini, minggu lepas.

Tertuduh, 47, didakwa membunuh Tan Choo Gek, 73, antara 7 malam dan 8.20 malam, 18 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan mental.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 19 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dilapor berkata seorang warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang ditegur mangsa kerana membuat bising dalam kejadian di sebuah rumah.

Raiz Mukhliz dipetik berkata wanita itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher kerana dipercayai dipukul oleh anaknya yang didapati mempunyai rekod psikiatri lampau dengan menggunakan senjata tajam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Tahan Penganggur Cuba Curi Tabung Masjid

The post Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*