Tular Peti Undi Tak Diikat, Calon DUN Paya Terubong Buat Laporan Polis

Peti undi tak diikat

Tular Peti Undi Tak Diikat, Calon DUN Paya Terubong Buat Laporan Polis

Kekecohan dilaporkan berlaku selepas sebuah peti undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Relau, Jalan Paya Terubong di saluran 15 tidak diikat dengan baik, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dilaporkan telah disedari oleh calon Perikatan Nasional (PN), Andrew Ooi Ghee Oon bagi kerusi Paya Terubong sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Menurut Andrew, selain pusat mengundi berkenaan, satu lagi peti undi di saluran 4 di Dewan Blok 4E di Farlim turut didakwa tidak diikat dengan baik.

Susulan kejadian itu, Andrew dari Parti Gerakan kemudiannya telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

“Dalam kejadian pertama, ketika tinjauan dibuat, saya mendapati terdapat satu peti undi tidak diikat dengan baik. Saya telah membuat bantahan terhadap petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ.

“Susulan daripada itu, proses mengundi di saluran tersebut terhenti seketika untuk petugas mengikat peti undi berkenaan menggunakan kabel pengikat. Bukan sahaja tidak diikat, malah pelekat juga tidak dilekatkan di kotak berkenaan.

“Saya menyedari kejadian kedua berlaku pada jam 1.50 petang tadi. Lalu saya membuat bantahan yang sama kepada petugas SPR di saluran di pusat mengundi berkenaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPDTL di sini pada Sabtu.

Kredit Sinar Harian

Kecewa dengan jawapan yang diberikan petugas SPR

Tambahnya, beliau kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh petugas SPR di kedua-dua pusat mengundi berkenaan.

“Apabila saya membuat bantahan, terus Ketua Tempat Mengundi (KTM) mengambil kabel pengikat dan pelekat lalu diletakkan di peti undi tersebut. Ini bermakna, kabel pengikat dan pelekat itu ada, tetapi tidak diletakkan.

“Ketika saya membuat bantahan di Farlim, petugas SPR memberi alasan bahawa mereka lupa untuk meletakkan kabel pengikat dan pelekat. Jika berlaku pada satu peti undi sahaja, itu boleh diterima, tetapi ini dua peti undi.

“Saya percaya, akan ada lagi peti undi yang tidak diikat dan dilekatkan pelekat dengan sempurna di pusat mengundi yang lain,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Andrew meminta agar SPR melaksanakan semula pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong kerana menurutnya kejadian itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil kepada calon yang bertanding di situ.

“Saya mempersoalkan kredibiliti SPR dalam menjalankan proses pilihan raya di DUN Paya Terubong dan seluruh Pulau Pinang.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, jika mahu bertanding, bertanding lah dengan cara yang betul,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr Siti Nazariah Abd Halim ketika dihubungi pemberita berkata, kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh SPR.

“Tunggu daripada SPR untuk keluarkan kenyataan, saya tengah uruskan hal ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Peti Undi Tak Diikat, Calon DUN Paya Terubong Buat Laporan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*