Sanusi Didakwa Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya, Sengaja Tayang Kertas Undi

Sanusi tayang kertas undi

Sanusi Didakwa Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya, Sengaja Tayang Kertas Undi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana dengan sengaja mempamerkan kertas undinya kepada petugas media, lapor Astro Awani.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna X @La_FarEast, gambar itu jelas memaparkan tindakan Sanusi yang mempamerkan kertas undi beliau.

Selain itu, kertas undi itu turut jelas menunjukkan pilihan yang dibuat Sanusi sebelum ia dimasukkannya ke dalam peti undi.

Semakan ke atas akta berkaitan pilihan raya mendapati bahawa ia merupakan satu kesalahan di bawah Perkara (39).

Akta tersebut menyebut bahawa pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya, di mana-mana prosiding tidak boleh mempamerkan pilihan mereka.

Akta itu turut menyebut bahawa mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga setahun. Ia termasuk denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Terdahulu, kejadian yang serupa pernah dilaporkan berlaku sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut pada 2013 di mana calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah melakukan perbuatan yang serupa.

Disebabkan perbuatan itu, beliau kemudiannya ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada ketika itu.

Sumber: Astro Awani

The post Sanusi Didakwa Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya, Sengaja Tayang Kertas Undi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*