Budak 8 Tahun Nyaris Maut, Biarkan Labah-Labah Black Widow Gigit Semata Nak Jadi “Spider-Man”

Labah-labah black widow spider-man

Budak 8 Tahun Nyaris Maut, Biarkan Labah-Labah Black Widow Gigit Semata Nak Jadi “Spider-Man”

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Bolivia terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dengan sengaja membiarkan labah-labah jenis ‘Black Widow’ berbahaya menggigit dirinya, lapor Oddity Central.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh kanak-kanak tersebut kerana ingin menjadi seperti adiwira kegemarannya iaitu Spider-Man.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di perbandaran Vichuloma, berhampiran bandar Oruro, di Bolivia Tengah.

Pada awalnya, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dikatakan sedang bermain di sungai berhampiran rumahnya sebelum menemui labah-labah tersebut di sebalik batu.

Tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapinya, kanak-kanak itu kemudiannya mengambil labah-labah itu lalu meletakkan di belakang tangannya untuk digigit.

Akhirnya labah-labah beracun itu menggigitnya. Selepas insiden itu dia telah pulang ke rumahnya.

Sewaktu dalam perjalanan pulang tersebut, dia mula mengalami gejala sakit badan dan kekejangan otot yang teruk.

Pada mulanya, dia merahsiakan insiden itu kepada ibunya, namun selepas tiga jam menahan sakit dia akhirnya menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya.

Kanak-kanak itu berkata bahawa dia telah digigit oleh labah-labah berwarna-warni.

Ibu yang kerisauan itu kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke pusat kesihatan di bandar berdekatan.

Bagaimanapun, dia telah dirujuk ke Hospital Besar San Juan de Dios di bandar Oruro sebagai kecemasan perubatan.

Selepas mendengar tentang kejadian itu, pakar kanak-kanak menghubungi Erenesto Vasquez ketua Program Penyakit Zoonotik Perkhidmatan Kesihatan Jabatan Oruro.

Ia bagi membantu menentukan jenis labah-labah yang menggigit kanak-kanak lelaki tersebut.

“Kanak-kanak itu mengambilnya dan meletakkannya di belakang tapak tangannya di mana arachnid menggigitnya.

“Kami amat bimbang kerana analisis kami mendapati bahawa tujuan dia membiarkan dirinya digigit adalah kerana mahu menjadi Spider-Man,” kata Vasquez kepada agensi berita EFE.

Ibu kanak-kanak lelaki itu turut mengesahkan bahawa anaknya itu merupakan peminat tegar watak adiwira tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Selepas mengenal pasti spesis labah-labah itu, doktor memberikan anti-racun dan keadaan kanak-kanak lelaki itu stabil 30 minit kemudiannya.

“Labah-labah hitam dengan belakang berwarna merah adalah Black Widow. Ia tidak boleh membuatkan seseorang menjadi Spider-Man, sebaliknya ia membahayakan nyawa,” kata Vasquez lagi.

Kebanyakan kes terdahulu menunjukkan mereka yang digigit tidak mengalami sebarang komplikasi yang serius.

Tetapi dalam kes yang jarang berlaku, gigitan beberapa spesis ini telah mengakibatkan kematian yang menyebabkan kerosakan saraf yang teruk dalam badan.

Sumber: Oddity Central

The post Budak 8 Tahun Nyaris Maut, Biarkan Labah-Labah Black Widow Gigit Semata Nak Jadi “Spider-Man” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*