Tular “Security” Selamba Tegur Lembaga Dipercayai Pontianak Khusyuk Tengok TV, Siap Suruh “Off” Sendiri

pontianak tengok tv

Tular “Security” Selamba Tegur Lembaga Dipercayai Pontianak Khusyuk Tengok TV, Siap Suruh “Off” Sendiri

Tular di media sosial berkenaan satu sosok lembaga putih yang dirakam seakan sedang leka menonton televisyen di sebuah klinik.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @tga.aizat4321.

Menurut perkongsian itu, video tersebut dipercayai berjaya dirakam oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sebuah klinik.

Klinik itu didakwa masih belum beroperasi dan berada di negeri utara tanah air iaitu Perlis.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Berdasarkan kapsyen dalam video itu, lembaga putih misteri yang sedang khusyuk tengok TV itu dipercayai sebagai pontianak.

Pengawal keselamatan itu dapat didengari cuba berkomunikasi dengan lembaga berkenaan.

“Sat lagi tutup tv balik nah. Assalammualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. Oh tengah tengok tv, takpa-takpa. Tapi nak minta tolong, nanti tutup balik tv,” borak pengawal keselamatan tersebut dalam dialek utara kepada lembaga misteri berkenaan.

Kredit TikTok

Healing sambil tengok TV

Penampakan sosok tersebut dipercayai berlaku di ruangan menunggu sebuah klinik yang belum beroperasi.

Lembaga putih itu dilihat seakan sedang duduk bersendirian sambil menonton televisyen yang terdapat di ruangan tersebut.

Kredit TikTok

Video perkongsian berdurasi 39 saat itu sehingga kini telah mendapat lebih daripada 59,000 tontonan daripada pengguna TikTok.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Perkongsian video berkenaan juga telah mendapat komen reaksi yang pelbagai daripada penonton.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Awal kakak cantik rasmikan hospital,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Pakcik ni kental .. Tak macam paranormal.. Jumpa Jin lari,” tulis seorang lagi pengguna.

Terdapat juga pengguna yang meninggalkan komen bergurau berkenaan penampakan sosok tersebut.

“Dia mai nak amik nombor giliran tu pakcik, awai tak kalut…,” tulis seorang pengguna dengan nada bergurau.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan satu video perkongsian yang memaparkan penampakan makhluk halus berbalut dengan kain putih. Ia didakwa sebagai ‘pocong’ tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama @rose_alin di akaun TikTok miliknya.

Video berdurasi 15 saat itu telah menunjukkan kelibat berwarna putih yang didakwa sebagai pocong mengeluarkan bunyi yang pelik.

@tga.aizat4321

Ada fenomena baru tersebar di sekitar Klinik yg baru dibuka di utara tanah air (belum dirasmikan), tertangkap satu sosok Pontianak/Kuntilanak yg sedang healing… credit to owner video .. #paranormal #paranormalmalaysia #paranormaltiktok #paranormalactivity #paranormalindonesia #paranormalsingapore #seram #horror #pontianak #pontianakviral #kuntilanak #mbakkunti #kuntihealing #pontianakhealing #klinik #makhlukastral #makhlukhalus #paranormalinvestigator #fyp #fypシ #masukberanda

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Sumber: TikTok

The post Tular “Security” Selamba Tegur Lembaga Dipercayai Pontianak Khusyuk Tengok TV, Siap Suruh “Off” Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*