Azizulhasni Awang Tarik Diri UCI Track Nations Cup

azizulhasni awang tarik diri

Azizulhasni Awang Tarik Diri

Jaguh basikal keirin negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada penyertaan kejohanan UCI Track Nations Cup di Kaherah, Mesir atas sebab kecederaan ketika latihan di sana.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, keputusan itu diambil atas nasihat doktor dan turut mengambil kira faktor-faktor lain yang berkaitan.

“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis.

“Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini,” katanya dalam kenyataan itu sebentar tadi.

Kejohanan UCI Track Nations Cup merupakan pusingan kedua 2023 Track Nation Cup yang berlangsung dari 14 Mac hingga 17 Mac di mana penunggang basikal trek dari seluruh negara bersaing di Mesir.

Siri 2023 Track Nation Cup turut menawarkan peluang kepada atlet untuk bersaing dalam Olimpik Paris 2024.

BACA: Mohd Azizulhasni Semakin Pulih Selepas Jalani Pembedahan Jantung

Azizulhasni mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris 2024

Sebelum ini, Bernama melaporkan Azizulhasni mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Keyakinan itu disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.

Beliau berkata prestasi The Pocket Rocketman itu yang kini berusia 35 tahun, dilihat memberangsangkan selain faktor kesungguhan yang dipamerkan, mampu membantunya melakar kemenangan dalam acara kegemarannya, keirin.

“Saya percaya kita ada harapan tinggi, Azizul dapat catat sejarah memenangi pingat emas berbasikal keirin Olimpik sebelum bersara.

“Saya yakin dan percaya kalau ada rezeki, beliau akan dapat pingat emas pertama kita di Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran pelan laluan acara kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023 pada 9 Mac lalu.

Pada 26 Feb, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat perak acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Jakarta, Indonesia.

Kejayaan itu membuktikan beliau masih berbisa, memandangkan beliau baharu kembali berkayuh kurang 12 bulan selepas menjalani pembedahan jantung.

Beliau bagaimanapun gagal memperoleh pingat berganda dalam acara pecut, apabila terkandas di suku akhir akibat kepenatan.

Mohd Azizulhasni merupakan sasaran emas utama negara di Paris 2024.

Sumber: Azizulhasni Awang/FB

The post Azizulhasni Awang Tarik Diri UCI Track Nations Cup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*