Tular Video Kucing Seolah-olah ‘Bercakap’, Ditonton Lebih Tujuh Juta Kali

Tular Video Kucing 'Bercakap', Raih Lebih Dari Tujuh Juta Jumlah Tontonan

Tular Video Kucing ‘Bercakap’, Raih Lebih Dari Tujuh Juta Jumlah Tontonan

Seekor kucing menjadi tular apabila dilapor mampu ‘bercakap’ dalam satu ayat yang penuh dengan tuannya, lapor The Thaiger.

Menurut portal berita berkenaan, kejadian tersebut berlaku di Thailand dan sempat dirakam oleh tuannya sebelum ditularkan ke media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, kucing berkenaan didakwa bercakap menggunakan bahasa Thailand dan mendapat tontonan lebih 7 juta tontonan setakat ini.

Video tular itu telah dimuat naik pengguna media sosial yang dikenali sebagai @daisyduchy, iaitu pemilik kepada kucing yang bernama Duchy.

Dalam klip yang berdurasi 34 saat itu, Duchy dirakam memanggil tuannya dan seolah-olah memberitahu bahawa sedang lapar serta mahu diberikan makanan.

“Duchy kata dia lapar,” kedengaran tuannya berkata sedemikian dalam video berkenaan.

Ketika ditanya sama ada benar-benar lapar, Duchy seolah-olah memahami pertanyaan tersebut dan memberi maklum balas yang jelas.

Menurut The Thaiger, Duchy kedengaran seolah-olah menjawab “Lapar” dan perkataan itu kedengaran sangat jelas.

Perkara ini menyebabkan pengguna media sosial di Thailand terpegun dengan kebolehan lingusitik yang dimiliki kucing berkenaan.

Selepas video terbabit tular di media sosial, video tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna sehingga berjaya mendapat jutaan tontonan dalam masa yang singkat.

@daisyduchy

ตอบกลับ @lovelycutie #แมวพูดได้ #แมวตลก #คุยกับแมว #แมวอ้วน #มีมแมว #fyp #fypシ

♬ เสียงต้นฉบับ – ไม่ได้อ้วนแค่ขนฟู – ไม่ได้อ้วนแค่ขนฟู

Disebabkan reaksi kucing yang luar biasa, warga maya telah membanjiri ruangan komen  dan menzahirkan perasaan teruja untuk melihat kemahiran Duchy bercakap seakan-akan manusia.

Tambahan lagi, pemilik kucing tersebut memaklumkan bahawa Duchy hanya bertindak sedemikian apabila ia lapar. Sebaik sahaja haiwan comel ini kenyang, ‘kuota perkataan’ Duchy akan habis.

Duchy difahamkan akan menjadi senyap dan tidak mengeluarkan satu meow sekalipun. Tabiat unik kucing ini sudah semestinya membuatkan jutaan penonton terkesima dan terhibur.

Mereka juga mengagumi ikatan yang ada antara kucing tersebut dengan tuannya. Kata netizen, apabila kucing itu kelaparan, kucing itu dapat memberitahu secara langsung dan perkara itu pula boleh difahami.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Sumber: Thaiger

The post Tular Video Kucing Seolah-olah ‘Bercakap’, Ditonton Lebih Tujuh Juta Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*