Tular Video Lama, Produk Telah Dilupuskan Secara Tertib – MR DIY

mr diy video lama

Tular Video Lama, Produk Telah Dilupuskan Secara Tertib – MR DIY

Peruncit perkakas rumah serantau, MR. D.I.Y. menjelaskan video tular mengenai produknya baru-baru ini merupakan video lama yang disiarkan pada Februari 2019.

Menurut MR. D.I.Y dalam satu kenyataan di Facebook, produk tersebut telah dilupuskan secara mulia dan tertib pada bulan yang sama selepas berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kami merujuk kepada video yang pertama kali disiarkan pada Februari 2019 yang sedang tular semula di media sosial kini, mengenai produk yang dijual di MR D.I.Y.

“Apabila perkara tersebut dibawa ke perhatian kami pada ketika itu, tindakan segera diambil untuk menarik balik produk berkaitan dari premis kami.

“Pihak kami juga telah berunding dengan KDN dan JAIS berkenaan dengan panduan pengurusan baki inventori yang ada.

“Atas nasihat mereka, produk tersebut telah diserahkan kepada KDN untuk dilupuskan secara mulia dan tertib,” jelas kedai pembekal perkakas rumah itu pada Isnin.

BACA: PKNS Nafi Dakwaan Kompleks PKNS Shah Alam Akan Dirobohkan

Pihaknya turut memaklumkan produk tersebut tidak dijual di mana-mana cawangannya sejak Februari 2019.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin kerana membawa perkara ini ke perhatian kami.

“Kami juga memberi jaminan kepada semua bahawa produk berkenaan tidak dijual di mana-mana cawangan kami sejak Februari 2019.

“Kami komited untuk menjadi peruncit kepada semua rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: MR DIY

The post Tular Video Lama, Produk Telah Dilupuskan Secara Tertib – MR DIY appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*