Tular Video Tapir Jantan Sesat ‘Jalan-Jalan’ Bandar

Tapir jantan sesat

Tular Video Tapir Jantan Sesat ‘Jalan-Jalan’ Bandar

Seekor tapir jantan yang dianggarkan seberat 250 kilogram berjaya menarik perhatian ramai apabila tersesat di beberapa kawasan termasuk sekitar bandar dan perumahan di Dungun, Terengganu, lapor Sinar Harian.

Rakaman video yang tular di media sosial sejak Rabu semalam menunjukkan tapir itu hilang arah kerana tersesat.

Bagaimanapun, haiwan berkenaan telah berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang.

Wan Hapandi Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, mengatakan kelibat haiwan terbabit turut dilihat di beberapa lokasi sekitar Dungun sejak pagi Rabu.

“Dengar kata (difahamkan) tapir ni dah ‘pusing’ satu Dungun. Mula sedar pagi tadi alik (di sekitar) Pantai Teluk Lipat terus masuk ke bandar di Sura Gate.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Tapir jantan sesat

“Dapat tangkap doh (dah) di Kampung Kubang Miang ni. Pihak berwajib akan ambik tindakan selanjutnya dan bawa ke tempat selamat.

“Tok ngulu (penghulu) kita dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) pun ada turut sama dalam misi menyelamat ni, “katanya melalui hantaran di laman Facebook miliknya pada Rabu.

Jelasnya lagi, memandangkan tapir tersebut dikategorikan sebagai spesies terancam, ia tidak boleh dibiarkan merayau di kawasan penempatan manusia.

“Bimbang nye (ia) repuh (dilanggar) kenderaan jadi susah pulok (pula) nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Loon Kean Seong dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berkata, tapir terbabit berjaya ditangkap dan akan dibawa ke lokasi yang selamat.

Gambar: Sinar Harian

“Tapir itu berjaya ditangkap oleh pihak Perhilitan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), JPKK dan orang awam,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Rabu.

Video berdurasi 30 minit yang dimuat naik pada tengah hari semalam menunjukkan haiwan tersebut berada di hadapan sebuah kedai kek dan roti di bandar Dungun sebelum berlari ke tempat lain.

Malah, video yang dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan gelagat seorang lelaki mengejar tapir tersebut di dalam kawasan parit sebelum berjaya ditangkap turut mencuri perhatian.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Video Tapir Jantan Sesat ‘Jalan-Jalan’ Bandar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*