Penunggang Motosikal Maut, Rentung Kemalangan Dengan Lori

penunggang motosikal rentung

Penunggang Motosikal Maut, Rentung Kemalangan Dengan Lori

Seorang penunggang motosikal rentung selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Menurut Sinar Harian, kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah stesen minyak di Changlun, Kedah hari ini.

Polis menerima laporan berkenaan kemalangan terbabit pada jam 5.45 petang, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan.

“Penunggang motosikal disahkan maut dalam kejadian itu.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kemudian kerana masih dalam siasatan,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pasukan bomba turut diarah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran

BACA: Xiaomi Bakal Dedah Jentera EV Pertama, SU7 Pada 28 Disember

Dalam pada itu, sepasukan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam turut dikerah ke lokasi kejadian.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Penolong Penguasa Bomba BBP Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf.

Katanya, pasukan itu digerakan untuk melaksanakan operasi menyelamat selepas menerima panggilan pada jam 5.36 petang.

Zulkifli berkata, seorang mangsa dipercayai seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung daripada kebakaran yang berlaku di tempat kejadian.

Selain itu, terdapat kesan melecur dianggarkan 60 peratus dikesan pada jasad mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya.

Manakala api berjaya dikawal selepas pihaknya berjaya melakukan pemadaman  menggunakan dua aliran saluran air dari jentera bomba.

Beliau turut memaklumkan bahawa mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dalam kemalangan terbabit masih berada dalam siasatan.

Dua Maut, Kancil Kemalangan Dengan Treler

BACA: Dua Maut, Kancil Kemalangan Dengan Treler

Terdahulu, seorang pemandu lelaki maut manakala seorang penumpang dilaporkan rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Miang, Pekan, semalam.

Memetik Sinar Harian, kemalangan berlaku melibatkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah treler sebelum terbakar.

Difahamkan, pemandu kereta itu dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut yang sedang menghala dari Nenasi ke Pekan, Pahang.

Dalam pada itu, kejadian itu turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria.

BACA: Banyak Ujian, Rupanya Ini Proses Ujian Keselamatan & Prestasi Kereta Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Penunggang Motosikal Maut, Rentung Kemalangan Dengan Lori appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*