Tulisan Resit Pudar Sampai Tak Boleh Baca, Buat Macam Ni Terus Nampak Semula

kembalikan tulisan resit kosong

Tulisan Resit Pudar Sampai Tak Boleh Baca, Buat Macam Ni Terus Nampak Semula

Resit merupakan sejenis dokumen yang menunjukkan jumlah pembelian yang dilakukan pelanggan daripada sesuatu premis.

Dokumen ini dilihat sangat penting dan beguna dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh, jika anda membeli makanan di kiosk, nombor giliran pada resit boleh digunakan untuk membantu pelanggan mencari pesanannya di kiosk.

Selain itu, penggumpulan resit amat penting untuk tujuan pengdokumentasian. Ini bagi membuktikan bahawa perbelanjaan, misalnya bagi sesuatu program atau projek tidak melebihi belanjawan yang ditetapkan pada awalnya.

Daripada segi ketelusan pula, resit dapat membuktikan bahawa sesuatu perbelanjaan itu tepat dan tidak berlaku sebarang ketirisan atau salah guna dana.

Bagi pekerja-pekerja pula, resit perlu dikemukakan bagi segala jenis tuntutan kepada syarikat seperti mileage, kos tol, tiket parkir kereta dan resit perubatan.

Sudah pasti, rakyat Malaysia juga perlu mendokumentasikan resit-resit pembelian bagi mendapatkan pelepasan untuk membayar cukai pendapatan.

Maka, jelaslah penting peranan dokumen transaksi ini dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, ada kalanya tulisan pada dokumen ini sudahpun kabur ataupun langsung tidak kelihatan menerusi mata kasar.

Perkara ini agak menyukarkan pengguna untuk merujuk semula kos barangan yang telah dibelinya sebelumnya.

Pengguna TikTok tunjuk helah, kembalikan tulisan pada resit ‘kosong’ dalam sekelip mata

Namun seorang pengguna TikTok berkongsi cara untuk mengembalikan semula tulisan pada resit yang telah pudar.

Menerusi akaun pengguna Lehin Zul (@lehin_zul), turut membuat demostrasi untuk mengembalikan tulisan pada resit.

Pada awal video yang berdurasi sembilan saat, pengguna menunjukkan sehelai kertas kecil berbentuk empat segi yang kosong.

Jika dilihat secara sekilas pandang, kita boleh menganggap bahawa kertas kecil berbentuk empat segi hanyalah kertas biasa sahaja.

Namun tanggapan penonton akan berubah selepas pengguna terbabit ‘melakukan’ sesuatu terhadap kertas terbabit.

Pengguna berkenaan telah menekap sebuah seterika pada permukaan kertas terbabit dalam masa yang agak singkat.

kembalikan tulisan resit kosongmuncul
Kredit: TikTok/ @lehin_zul

Selepas kertas terbabit ditekap dengan seterika, keterangan pada kertas resit mula kelihatan. Rupanya kertas kecil tersebut merupakan resit Komuter dari Butterworth ke Kobah yang bernilai RM6.00.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada trik ini berkesan untuk semua jenis kertas resit.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna yang pernah mencuba trik berkenaan namun tidak berkesan. Lehin Zul menjelaskan mungkin ketika itu suhu seterika yang ditetapkan terlalu panas.

Apa pun selamat mencuba.

kembalikan tulisan resit muncul
Kredit: TikTok/ @lehin_zul
@lehin_zul

resit lama yg dah tak nampak boleh cuba cara ni. . semoga bermanfaat. #fyp

♬ Faded – Alan Walker

BACA: Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Sumber: lehin_zul via TikTok

The post Tulisan Resit Pudar Sampai Tak Boleh Baca, Buat Macam Ni Terus Nampak Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*