Ada Yang Simpan Alatan Memasak Dalam Tandas, 8 Kedai Makan Kotor Diarah Tutup

kedai kotor tutup

Ada Yang Simpan Alatan Memasak Dalam Tandas, 8 Kedai Makan Kotor Diarah Tutup

PASIR PUTEH — Sebanyak lapan buah premis menjual makanan di sekitar Pasir Puteh diarahkan ditutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) selepas gagal mencapai tahap kebersihan yang telah ditetapkan, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan Seksyen 11, Akta Makanan 1983, kesemua premis itu diarah tutup selama 14 hari.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata ada peralatan memasak yang digunakan peniaga juga diletakkan di dalam tandas.

“Pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan premis makanan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Zaini Hussin, sebanyak 109 notis dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan sepanjang operasi itu atas pelbagai kesalahan kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

kedai kotor tutup
Gambar: Sinar Harian

Selain itu, daripada jumlah tersebut, 91 notis dikenakan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32.

Ia berhubung etika pemakaian pengendali makanan. Manakala baki notis melibatkan kesalahan di bawah Peraturan 33, Peraturan 38, Peraturan 32B dan Peraturan 11.

“Melalui operasi ini sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa melibatkan kekuatan 77 orang kakitangan JKNK.

“JKNK sentiasa peka dan mengambil berat isu berkaitan keselamatan dan kualiti makanan di negeri ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, JKNK menasihatkan orang ramai memilih premis makanan yang bersih ketika makan di luar.

BACA JUGA: “Berkawan Tak Pandang Fizikal,” Terharu, Murid Perempuan Tak Kekok Bantu Suap Makanan Kepada Rakan OKU

Pada bulan lalu, JKNK juga telah menutup sembilan kedai makan di Machang selama 14 hari selepas didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.

Dalam operasi bersepadu Premis Bersih Siri 08/2023 itu, sebanyak 56 premis termasuk kedai makan dan restoran telah diperiksa.

Selain itu, sebanyak 86 notis saman di bawah Seksyen 32B iaitu memerintahkan kehadiran di mahkamah telah dikeluarkan ke atas pemilik premis dan pengendali makanan.

Ia atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sumber: Sinar Harian

The post Ada Yang Simpan Alatan Memasak Dalam Tandas, 8 Kedai Makan Kotor Diarah Tutup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*