Tumpaskan Taiwan: Malaysia Sekali Lagi Raih Perhatian FIFA

malaysia taiwan fifa

Tumpaskan Taiwan: Malaysia Sekali Lagi Raih Perhatian FIFA

KEMENANGAN Malaysia ke atas Taiwan 1-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam ini sekali lagi meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA menerusi laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) membuat ciapan ulangan (repost) hantaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengemas kini keputusan perlawanan penuh berkenaan.

“Back-t0-back #WCP wins for Malaysia,” tulis badan induk bola sepak dunia itu.

FIFA difahamkan memberikan pujian ke atas skuad Harimau Malaya yang berjaya meraih dua kemenangan berturut-turut dalam dua perlawanan selepas menang ke atas Republik Kyrgyzstan 4-3 baru-baru ini.

Sebelum ini, FIFA turut memuji pasukan Malaysia yang berjaya meraih kemenangan pada saat-saat akhir biar pun sebelum itu ketinggalan 1-3.

“Malaysia mempamerkan aksi kebangkitan yang sempurna dalam perlawanan kelayakan,” kata FIFA dalam satu hantaran di X rasminya selepas perlawanan itu.

BACA JUGA: Kebangkitan Sempurna, FIFA Puji Kemenangan Minit-Minit Akhir Malaysia vs Kyrgyzstan

Imbas kembali perlawanan tadi, pasukan kendalian Kim Pan Gon menampilkan beberapa cubaan tepat ke arah gawang Taiwan, namun semuanya gagal disudahi dengan baik.

Tambahan pula, keadaan padang Stadium Perbandaran Taipei yang tidak begitu memuaskan menambahkan lagi cabaran terhadap corak permainan kedua-dua pasukan.

Keputusan seri 0-0 kekal sehingga ke separuh masa pertama, walau bagaimanapun Malaysia kembali mendapatkan rentaknya seusai separuh masa kedua bermula.

Kebuntuan Malaysia dalam mencari jaringan sulung akhirnya berakhir apabila Darren Lok menjaringkan gol pertama pada minit ke-72.

Keputusan kekal 1-0 hingga ke wisel penamat, sekali gus Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata berharga sebagai bekalan untuk perlawanan seterusnya.

Untuk rekod, Malaysia kekal mengungguli selesa kedudukan teratas dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Ia disusuli dengan Oman dengan empat mata, Republik Kyrgyzstan satu mata serta Taiwan tiada mata, masing-masing bagi kesemua dua perlawanan setakat ini.

BACA JUGA: Darren Wira Harimau Malaya Raih Kemenangan Penting Menentang Taiwan

Sumber: X FIFA World Cup

The post Tumpaskan Taiwan: Malaysia Sekali Lagi Raih Perhatian FIFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*