Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah – Ten Hag

Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah

Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah – Ten Hag

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengatakan bahawa pemainnya, Marcus Rashford adalah antara penyerang terbaik di Eropah buat masa ini, lapor Eurosport.

Kata bekas pengurus Ajax itu, kualiti Rashford adalah setanding dengan bintang-bintang bola sepak lain seperti Robert Lewandowski, Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

“Dia pastinya salah seorang daripada mereka (pemain terbaik Eropah). Dia mempunyai kemahiran.

“Saya yakin dari saat pertama, saya sangat teruja untuk bekerjasama dengannnya, saya fikir saya boleh mendapat lebih daripada dia.

“Tetapi dia mempunyai begitu banyak kemahiran dan potensi yang begitu tinggi san mungkin lebih banyak lagi.

“Apabila dia bermain dengan baik, dia akan menjaringkan lebih banyak gol kerana dia mampu menjaringkan gol dengan kiri, kanan atau dengan kepalanya,” jelasnya.

Tambahnya, pasukan juga perlu mempunyai keupayaan untuk melepasi halangan pemain lawan dan berani membuat gerakan seperti perlawanan menentang Leeds United semalam.

Malah, jaringan Rashford di Elland Road itu dianggap sebagai satu contoh pemain berkelayakan tinggi ketika dia melompat dan menunggu hantaran lintang daripada Luke Shaw.

Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah
Kredit: Eurosport

Tidak hanya itu, pemain berusia 25 tahun tersebut telah merekodkan 21 gol dalam semua perlawanan musim ini.

Dalam masa yang sama Ten Hag merasakan Rashford mempunyai potensi untuk memecahkan rekod Robin van Persie (30 gol) pada musim 2012/13.

“Anda bertanya kepada saya ‘adakah anda fikir anda mempunyai pemain dalam skuad yang boleh menjaringkan 20 gol?‘ Pada Ogos atau September saya akan mengesahkan. Saya rasa dia boleh melakukannya.

“Jadi, saya tidak tahu bila dia akan berhenti dan beraksi dari satu perlawanan ke satu perlawanan sepanjang minggu.

“Saya fikir sebagai pengurus, sebagai kakitangan kejurulatihan kita perlu mendorongnya tetapi ia datang daripada pemain itu sendiri. Apabila dia hilang fokus, jaringannya akan berhenti, “jelas Ten Hag.

Prestasi Rashford meningkat naik

Sementara itu, prestasi Rashford dapat dilihat kian meningkat sejak beraksi di bawah bimbingan jurulatih warganegara Belanda itu.

Untuk rekod, Rashford sudah menjaringkan gol sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tiga perlawanan sebelum ini, selain mengumpul gol ke-13 selepas Piala Dunia Qatar.

Tidak dinafikan Ten Hag kagum dengan prestasinya sejak dia tiba di Old Trafford sehingga berasakan penyerang itu berpotensi membawa tuah di depan gawang.

Malah, pemain antarabangsa England itu perlu beraksi musim demi musim untuk mendapat tempat dalam kalangan pemain Eropah, tetapi Ten Hag merasakan dia (Rashford) termasuk dalam golongan itu.

Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah
Kredit: Eurosport

United kukuhkan kedudukan benam Leeds di laman sendiri

Imbas kembali, The Red Devils sekali lagi mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 menentang Leeds United ddalam perlawanan Liga Perdana (EPL)  semalam.

Aksi di Edimulakan dengan kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, United tidak mengekalkan kedudukan itu selepas penyerang, Rashford menjaringkan gol pertama pada minit ke-80 perlawanan.

Beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan, sekali lagi pemain muda, Alejandro Garnacho menumpaskan benteng lawan dengan gol kedua pada minit ke-85.

Keputusan itu kekal hingga ke akhir perlawanan sekali gus mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga liga dengan 46 mata di belakang Manchester City, 48 mata.

Sumber: Eurosport

The post Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah – Ten Hag appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*