UAI Perjelas Hukum Bungkus Lauk Kenduri

uai bungkus lauk kenduri

UAI Perjelas Hukum Bungkus Lauk Kenduri

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita bertegas mahu membungkus lauk kenduri seawal jam 10.30 pagi sehingga menimbulkan pertikaman lidah bersama pekerja katering.

Dalam video tersebut, makcik itu berkata dia hanya mahu beberapa jenis lauk untuk dibungkuskan dan dibawa pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pekerja katering tersebut menegaskan perkara itu adalah tidak dibenarkan kerana tidak mendapat persetujuan daripada pihak pengurus dan juga tuan rumah.

Video tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya kerana tindakan makcik itu dikatakan tidak beradab memandangkan majlis masih lagi belum bermula.

Rata-rata warga maya juga, mengatakan tindakan itu melampau dan makcik tersebut perlu mengambil tahu tentang hukum membungkus lauk kenduri.

BACA: Ditanya Mengenai ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’, Ini Jawapan UAI

Penjelasan UAI

Kredit: Ustaz Azhar Idrus Official/Youtube

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah menerangkan perkara tersebut di dalam salah satu ceramah agamanya.

Situasi yang ditanya oleh individu kepada UAI dipercayai adalah sama dengan tindakan makcik tersebut, iaitu membungkus makanan kenduri.

Hamba Allah pergi dekat rumah jiran dia buat kenduri, lepas masak dia ratah lauk. Selepas ratah siap bungkus lagi itu buat balik rumah, apakah hukumnya? Tak cukup bagi orang yang datang petang.

Soalan tersebut menekankan tentang tindakan individu yang tidak beradab membungkus makanan kenduri sehingga lauk tidak cukup untuk orang lain.

“Dia pergi rumah orang, dia makang, ratah lauk pula. Boleh atau tidak? Boleh, kalau dibenarkan oleh tuan rumah.

“Kalau tidak dibenarkan, maka jaga baik-baik.

“Kalau kita pergi makan kenduri, sepinggan nasi dan lauk biasa-biasa sahaja. Lebih sedikit, walaupun sedikit pada adat makruh hukumnya. Tapi lebih yang melampau, haram,” jawab UAI.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya tetamu yang datang tadi telah menjamu selera dan merasakan lauk tersebut sedap, mereka boleh menambahnya.

“Dan bila kita rasa sedap, boleh tambah. Pada adab kebiasaan orang tak marah. Tambah lagi sepinggan.

“Ramai orang tak ikut adat, biadab namanya. Penuh ni nasi di tengah, ayam patut makan enam orang, dia (ambil) seekor, susun daging, timun Cina bersusun.

“Jadi patut cukup 1,200 orang, 900 orang boleh makan. Ini masalah, haram hukumnya,” ujarnya.

Jelas UAI lagi, jika tuan rumah memberi keizinan untuk mengambil makanan lebih, tetamu tersebut boleh mengambilnya dengan penuh pinggan kerana telah mendapat keizinan.

Bagaimanapun, adalah satu keperluan untuk individu menjaga adab jika menghadiri majlis-majlis keramaian.

Menurut penceramah bebas itu, seseorang perlu menjaga adab dan janganlah bersifat mementingkan diri dengan melakukan perkara yang tidak senonoh.

“Kalau kita minta izin, boleh. Jangan wat lapo ngat tak reti bahasa, betui dok? Kita tua dah, muka dahlah hodoh, perangai pula hodoh. 

Wat la perangai molek sikit, dah muka kita hodoh. Muka hodoh perangai molek, comey gak nampok.

“Ni muka hodoh, perangai pun nak hodoh. Selepas itu orang rumah dengar, ‘mari dah natang beruk ni’,” ujarnya dalam nada dialek Terengganunya.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official/Youtube

The post UAI Perjelas Hukum Bungkus Lauk Kenduri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*