“Suka Ketawa Lihat Bangsa Sendiri Jatuh..” Ini Rupanya Maksud Tersirat Lagu ‘Air Pasang Pagi’

maksud lagu air pasang pagi

“Suka Ketawa Lihat Bangsa Sendiri Jatuh..” Ini Rupanya Maksud Tersirat Lagu ‘Air Pasang Pagi’

Zaman dahulu sewaktu kecil, selain daripada permainan tradisional, terdapat juga lagu yang sering dimainkan sehingga bait-bait liriknya dihafal oleh kerana sering dinyanyikan bersama rakan sepermainan.

Sekiranya perasan, lagu-lagu zaman dahulu diterjemahkan dalam gaya bahasa yang tersurat. Tidak kira sama ada lagu kanak-kanak atau lagu biasa, semuanya mempunyai maksud yang tersendiri.

Antara lagu kanak-kanak yang mempunyai maksud tersurat ialah lagu Air Pasang Pagi, yang sering menjadi pilihan kanak-kanak zaman 90-an.

Bedah karya lagu Air Pasang Pagi

Pemuda bernama Zhiddin Azizz membedah karya nyanyian Man Bai, menerangkan makna lagu tersebut kepada umum.

Dalam satu perkongsian video, Zhiddin yang terkenal dengan penggunaan bahasa Melayu yang tinggi mengambil peluang untuk berkongsi maksud disebalik lagu popular itu.

Gambar: FB Zhiddinazizz

Dalam rangkap pertama lagu Air Pasang Pagi, ia bercakap mengenai nyonya memulakan harinya dengan menyiram pokok bunga.

Jelas Zhiddin, rangkap pertama itu membawa maksud kaum rajin bekerja dan sering memulakan harinya pada waktu pagi.

Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga

“Baris ini telah menjelaskan tentang masyarakat Cina yang bangun pagi ternak itik ternak ayam untuk meniaga.

“Pendek kata tak buang masa, rajin bekerja,” katanya.

Gambar: FB Zhiddinazizz

Kemudian, pada baris seterusnya, Zhiddin mengulas mengenai seorang baba yang jatuh ke dalam parit.

Walaupun terlihat seperti biasa, namun baris lagu tersebut sebenarnya membawa makna yang tersembunyi.

Ia diibaratkan seperti, individu yang suka bercakap besar apabila berada di belakang dan tidak dihadapan orang tersebut.

Cik baba jatuh dalam parit, cik Aminah ketawa jerit-jerit

“Baris ini pula telah menjelaskan tentang kalangan bangsa kita.

“Suka ketawa melihat bangsa sendiri jatuh, melakukan perkara yang tiada faedahnya dan hanya mencawat ekor apabila dekat serta menyalak kuat apabila jauh,” jelasnya.

Lagu tersebut sedikit sebanyak mengkritik bangsa selepas melihat apa yang terjadi dan dijadikan lagu kerana mahu memberi pengajaran kepada ramai.

BACA: Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya

Punyai cara tersendiri

Jelaslah bahawa orang zaman dahulu mempunyai cara yang tersendiri dalam menjelaskan sesuatu perkara tanpa memalukan yang lain.

Tambah Zhiddin, karya tersebut juga telah menunjukkan bahawa elemen bahasa Melayu yang digunakan amat hebat dan mempunyai maksud yang mendalam.

“Jadi sudah terang bagai bulan, sudah siang bagai harian, karya ini ingin menyeru bangsa kita untuk terus bangkit jadi bangsa yang perkasa.

“Nampak tak orang dulu-dulu apabila hasilkan karya tidak akan hasilkan saja-saja, kritikan sosial mahupun kritikan judisial, pasti ada.

“Sekotah elemen ini telah perkuat bahawa bahasa Melayu memang hebat,” ujarnya mengakhiri video.

Orang pada zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang, di mana mereka sering mempunyai rasa malu dan berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu perkara.

Berbanding dengan zaman sekarang, di mana ramai yang mengambil peluang menunjukkan bakat terpendam, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan tanpa mengambil kira akibat daripada tindakan tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan masyarakat juga bergantung kepada pengedaran masa, namun janganlah melakukan sesuatu perkara hanya untuk mendapatkan perhatian sehingga sanggup membuang rasa malu.

Sumber: FB Zhiddinaziz

BACA: “P. Ramlee Mesti Bangga”, Pemain Juventus Galak Menari Guna Lagu ‘Aiya Susanti’

The post “Suka Ketawa Lihat Bangsa Sendiri Jatuh..” Ini Rupanya Maksud Tersirat Lagu ‘Air Pasang Pagi’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*