UMNO Terengganu fail petisyen batal keputusan PRU15 di 3 Parlimen

KUALA LUMPUR – Bahagian Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) di tiga kerusi Parlimen di Terengganu.

Ia turut melibatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di ketiga-tiga Parlimen tersebut iaitu di Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata, petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, didakwa berkaitan dengan pertuduhan rasuah yang dilakukan Perikatan Nasional (PN) beberapa hari sebelum menjelang PRU15.

“Tak pernah saya alami sepanjang bertanding sembilan kali saya bertanding, wang begitu banyak diagihkan kepada rakyat dan ia mula agihkan beberapa hari sebelum pilihan raya iaitu pada 15, 16 dan 17 November.

“Pernah terjadi di Cameron Highlands sebelum ini di mana mahkamah telah membatalkan keputusan pilihan raya selepas didapati berlaku salah guna wang ketika itu sekali gus menyebabkan pilihan raya perlu diadakan semula.

Dalam masa sama beliau yang juga Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, sehingga kini terdapat 20 orang saksi dari ketiga-tiga Parlimen tersebut yang akan tampil membantu.

“Ada ramai saksi tetapi hanya 20 orang dari Parlimen terlibat berusia antara 18 hingga 21 tahun yang berani tampil dan setuju untuk beri keterangan di mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO Terengganu fail petisyen batal keputusan PRU15 di 3 Parlimen appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*