Usahakan 5 Inisiatif Ini Untuk Harimau Malaya Dalam Sebulan, Menteri Mohon Maaf Jika Masih Ada Kekurangan

usahakan lima inisiatif

‘Kami Telah Berusaha Semampu Boleh Untuk Harimau Malaya’ – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menyenaraikan usaha yang dilakukan oleh kementeriannya demi pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya dan masa satu bulan.

Yeoh mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengatakan, pelbagai usaha yang dilakukan demi kebajikan pasukan bola sepak negara serta peminatnya.

Menurut ciapannya yang di Twitter, terdapat lima inisiatif yang dilakukan oleh kementerian tersebut dalam masa sebulan ini.

Antara inisiatif yang dilakukan Yeoh bersama pihak KBS ialah menyediakan skrin besar untuk menayangkan perlawanan secara siaran  langsung di 14 lokasi, menetapkan harga tiket kapal terbang ke Bangkok, Thailand dan membeli kanvas baharu untuk menutup padang.

Selain itu, pihak KBS juga bersama Kementerian Komunikasi dan Digital turut merealisasikan hajat rakyat Malaysia untuk menonton Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga 16 Januari 2023.

Di samping itu, beliau bersama warga KBS berjaya ‘memujuk’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menurunkan harga tiket perlawanan tersebut, antaranya kepada RM 30.

Pada akhir ciapannya, walaupun berjaya menyediakan lima inisiatif dalam masa yang singkat, beliau memohon maaf sekiranya masih ada kekurangan.

”Saya susun sepuluh jari, mohon masa (untuk) tambah baik,” katanya.

Terdahulu, beliau turut memberi respon atas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memintanya untuk menggunakan kuasanya sebagai menteri berkenaan isu 21,000 penyokong.

Sebagai Menteri Beliau dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kuasa yang dimilikinya tidak boleh disalahgunakan untuk membatalkan konsert tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Isu 21,000 penyokong timbul selepas FAM mengesahkan tidak dapat menyediakan tiket mengikut kapasiti SNBJ selepas terpaksa mengosongkan 21,000 kerusi bagi memberi laluan kepada persiapan konsert Jay Chou yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengumuman terserbut menimbulkan perdebatan dalam kalangan orang ramai, khususnya peminat bola sepak sehingga menjadi berita utama media-media tempatan.

BACA: “Kuasa Menteri Tidak Boleh Disalahguna”, Respon Hannah Selepas ARMADA Mintanya Campur Tangan

Sumber: Hannah Yeoh via Twitter

The post Usahakan 5 Inisiatif Ini Untuk Harimau Malaya Dalam Sebulan, Menteri Mohon Maaf Jika Masih Ada Kekurangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*