Vaksinasi Bagai Pasport Kehidupan Bagi Kumpulan Umur Berisiko Tinggi – Tan Sri Michelle Yeoh

Menyifatkan vaksinasi sebagai pasport kehidupan, pemenang Oscar Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh, 61, menekankan kepentingan pengambilan vaksinasi demi mewujudkan perisai perlindungan diri.

Michelle berkata disebabkan kariernya memerlukan interaksi bersama orang luar, vaksinasi telah menjadi lebih daripada sekadar langkah kesihatan pencegahan buat dirinya.

“Terutamanya kerana saya berada dalam kumpulan umur berisiko tinggi. Ia seperti pasport yang membolehkan saya meneruskan kerja saya dengan rasa selamat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran kempen MyPELINDUNG, yang dilaksanakan Persatuan Kawalan Jangkitan dan Penyakit Berjangkit (MyICID), Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) dengan kerjasama Pfizer Malaysia. 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Diabetes Malaysia, Dr Mohazmi Mohamed menegaskan mereka yang menghidapi COVID-19, supaya mengambil langkah keselamatan diri dengan melakukan ujian kendiri sebelum menjejakkan kaki ke luar rumah.

“Adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti melakukan pemeriksaan doktor walaupun mengalami simptom ringan.

“Rawatan segera selepas didiagnos COVID-19 amat digalakkan dengan melakukan ujian kendiri di rumah meskipun tiada simptom tetapi boleh jadi sebagai pembawa kerana terdedah kepada orang ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mohazmi berkata rawatan awal mampu membantu mengurangkan beban virus dalam tubuh, mempercepatkan pemulihan dan menghindari kompilasi  serius.

“Bagi kumpulan berisiko tinggi seperti pesakit kanser, rawatan segera dapat mencegah perkembangan penyakit ke tahap yang lebih kritikal yang mungkin memerlukan perawatan intensif di hospital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa forum Know. Plan. Go diadakan pada Khamis bertempat di The Grounds Kuala Lumpur, Mahsa Avenue.

Know. Plan. Go 

Beliau turut menyarankan orang ramai agar menggunakan laman sesawang Know. Plan. Go. sebagai alatan untuk mencari panduan mengenai perkara selepas dijangkiti COVID-19.

“Know. Plan. Go ialah sejenis sumber atau alat baharu untuk mereka yang dijangkiti COVID-19, mereka boleh menggunakan sebagai panduan kerana sebelum ini saya rasa kebanyakan kita tidak pasti apa yang perlu dilakukan (selepas COVID-19).

“Saya rasa laman web itu membantu semua orang untuk mengetahui risiko selepas dijangkiti penyakit tersebut serta maklumat berkaitan apa yang perlu dilakukan dan di mana untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, dengan adanya Know. Plan. Go, orang ramai boleh mengetahui tentang kesihatan mereka dengan lebih mendalam dan mengenal pasti risiko yang bakal dialami.

“Ia bukan penyelesaian namun lebih kepada panduan yang jelas kerana jika cari sumber maklumat di laman sesawang kemungkinan ia terlampau banyak, namun dengan Know. Plan. Go saya fikir ia adalah sangat berguna kerana ia mesra pengguna.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Aishah Sinclair dan Dida Sinclair yang juga berkongsi kepada orang ramai mengenai kisah mereka ketika dijangkiti COVID-19 dalam satu rumah.

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh lawat laman sesawang Know. Plan. Go atau tekan di sini.

The post Vaksinasi Bagai Pasport Kehidupan Bagi Kumpulan Umur Berisiko Tinggi – Tan Sri Michelle Yeoh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*