(Video) Suami Isteri “Pilot” Teruja ‘Terserempak’ Di Awan Biru, Pesan “Safe Flight, Jumpa Di Rumah Nanti”

Pasangan Suami Isteri ‘Pilot’, Terserempak di Awan Biru Semasa Jalankan Tugas

Sudah acap kali kita dengar kisah viral mengenai pasangan suami isteri yang terserempak di atas jalan raya ketika keluar mencari rezeki. Boleh jadi, kita juga pernah melalui detik yang sama sebelum ini. Biasanya, pasangan suami isteri ini saling membuka tingkap atau membunyikan hon untuk menegur antara satu sama lain.

Kalau pasangan jenis kepala ‘masuk’ air atau pun sweet, mungkin aksi-aksi romantis seperti flying kiss atau simbol love akan diberi.

Ada juga pasangan yang siap lepak dekat tepi jalan, lagi-lagi yang tinggal berasingan dengan pasangan. Kenalah ambil masa sedikit untuk hilangkan rasa rindu yang terbuku di hati ini apabila bertemu di jalan.

Semua cerita terserempak biasanya klise kerana seringkali berlaku di lokasi seperti di jalan raya serta pusat rehat dan rawat (RnR). Paling gempak pun mungkin dekat kedai depan rumah sendiri, kan?

Namun, kisah pertemuan sepasang suami isteri yang mahu kami kongsikan kali ini ‘bukan kaleng-kaleng’ tau. Berbeza lokasi-lokasi di atas, pasangan ini terserempak di udara, dipayungi langit biru dan bertemankan awan putih berarak lembut.

Ya, bunyinya mungkin agak tidak masuk akal namun ia bukanlah perkara yang mustahil jika anda suami isteri bekerja sebagai juruterbang. Inilah kisahnya romantis terserempak di udara yang dikongsikan oleh Kapten Munirah dan suaminya.

Dalam video yang berdurasi 0.13 saat yang dimuat naik di TikToknya baru-baru ini, Kapten Munirah berkongsi paparan radar pesawat kendaliannya yang menunjukkan kedudukan sebuah pesawat lain ketika melintasi ruang udara Laut China Selatan.

Menerusi video tersebut, Kapten Munirah mendedahkan bahawa pesawat tersebut sebenarnya dikendalikan oleh suaminya. Secara kebetulan, pada hari berkenaan pesawat-pesawat yang diterbangkan oleh mereka melalui ruang udara yang sama.

Kredit: TikTok

Bukan itu sahaja, juruterbang wanita tersebut sempat menunjukkan kedudukan sebenar kapal terbang suaminya menerusi tingkap pada kokpit pesawat, walaupun samar-samar.

“Hai hubby, jumpa dekat rumah nanti. Bukan hari-hari dapat selisih dengan suami di udara. Safe flight hubby” kata Kapten Munirah menerusi kenyataannya dalan video tersebut.

Ini menunjukkan bahawa kejadian tersebut adalah perkara yang sangat jarang berlaku dalam karier mereka sebagai juruterbang.

Video berkenaan telah meraih perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2.7 juta kali, 277 ribu tanda suka, 3,584 komen dan dikongsikan sebanyak 2,103 kali.

Menerusi ruangan komen di akaun TikToknya, seorang warganet sempat bertanya bagaimanakah Kapten Munirah mengenal pasti bahawa pesawat tersebut diterbangkan suaminya.

Kapten Munirah dalam jawapan balasnya berkata, mereka berkomunikasi menerusi radio dan kedua-duanya tahu mengenai nombor penerbangan masing-masing pada hari tersebut.

Kredit: TikTok

Video penuh boleh ditonton di bawah.

@msmunirah

Bukan hari2 dapat selisih dengan suami di udara. safe flight hubby.

♬ TMC – TMC

BACA: Risau Nak Lepas Isteri Hamil Naik Bas Sendirian Ke KL, Suami Sanggup Iring Naik Motosikal

Sumber: msmunirah via TikTok

The post (Video) Suami Isteri “Pilot” Teruja ‘Terserempak’ Di Awan Biru, Pesan “Safe Flight, Jumpa Di Rumah Nanti” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*