‘View’ Cantik Tanpa Deretan Khemah, Ini Antara Pantai Paling Cantik Di Malaysia, Pelancong Luar Pun Serbu

pantai paling cantik

Terdapat pelbagai jenis tempat yang menarik korang boleh pergi untuk ‘cuci mata’ di Malaysia. Antaranya seperti kawasan bukit bukau yang indah, taman-taman yang penuh dengan kehidupan flora fauna dan juga pantai kebiruan yang menarik minat ramai orang untuk datang. Dah bercakap pasal pantai, bila last korang pergi? Dan, korang suka pantai yang macam mana?

Ada dua pilihan selalunya. Yang meriah, meriah betul, yang sunyi, memang sunyi habis. Sebenarnya banyak pantai di Malaysia yang cantik-cantik tau, malah ada yang sangat indah seperti di luar negara. Yang bestnya bila pantai tu tiada deretan khemah-khemah, barulah pengunjung selesa dan bebas nak nikmati pemandangan pantai kan. Jadi, min sebenarnya nak kongsikan kat korang beberapa pantai paling cantik di Malaysia.

Korang mesti dah tak sabar nak tau kan. Nanti, boleh korang plan siap-siap untuk bercuti dengan ahli keluarga dan juga kawan-kawan. Buat artikel kali ni, min lebih suka nak fokuskan pantai-pantai di Labuan kerana kebanyakan pantai-pantai tersebut indah nian dengan deruan ombak dan pasir pantai.

Untuk yang masih tak tahu lagi, pantai-pantai lawa di Labuan tersebut ialah:

1) Pantai Pancur Hitam Dan Pantai Pohon Batu

pantai paling cantik
Kredit: Safarway

Pantai Pancur Hitam dikenali sebagai salah satu pantai yang sangat lawa di Labuan oleh orang ramai. Terdapat gerai penjaja tempatan yang menjual makanan tempatan seperti air kelapa segar, popcorn dan banyak lagi. Korang juga boleh melawat puncak tertinggi di Labuan iaitu Bukit Pohon Batu kerana terdapat laluan kecil menuju ke puncak yang boleh dinaiki oleh orang ramai. Dari situ, korang boleh melihat pemandangan indah Pulau Labuan.

2) Pantai Layang-Layangan

Apabila langit cerah, Pantai Layang-Layangan menawarkan pemandangan matahari terbenam yang amat memukau untuk pengunjung Pulau Labuan menikmati petang yang mendamaikan. Sama ada untuk menikmati hari yang romantis bersama yang tersayang, atau untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke Labuan bersama keluarga dan rakan, meluangkan masa untuk melawat tarikan mesra keluarga di Labuan ini pastinya menggembirakan.

3) Pantai Batu Manikar

pantai paling cantik

Pantai Batu Manikar menawarkan tempat yang hebat untuk percutian pantai, terutamanya jika anda pasangan yang baru berkahwin mencari percintaan tropika. Bawa pasangan korang dan bersiar-siar di bawah pokok kasuarina dan kelapa sekitar pantai. Nikmati juga pemandangan matahari terbenam.

4) Pantai Pulau Papan

Kredit: BERNAMA

Pantai Pulau Papan merupakan tarikan pelancong utama di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia mempunyai landskap yang menakjubkan dan suasana pantai yang tenang, diawasi oleh rumah api kolonial lama. Disebabkan berdekatan dengan Labuan, Pantai Pulau Papan menarik minat penduduk tempatan dan pelancong yang ingin berehat dan menikmati alam semulajadi.

Bila dah bercakap pasal Labuan ni, pelbagai lagi tempat menarik dan aktiviti menarik yang boleh korang buat untuk meluangkan masa, antaranya ialah:

  • Muzium Marin Labuan
  • Kampung Air Labuan
  • Taman Botani Labuan
  • Masjid Jamek An’Nur

Ada banyak lagi tempat menarik, tak cukup satu artikel ni sahaja nak terangkan semuanya sekali tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang sendiri boleh layari laman web dan platform Jabatan Wilayah Persekutuan.

Jom berbalik kepada pantai-pantai di Malaysia. Sebenarnya, ada juga pantai lain selain daripada senarai di atas dalam Labuan ni yang cantik cantik. Antaranya ialah Pantai Juara Pulau Tioman, Pantai Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan banyak lagi. Pastikan korang terjah pantai-pantai cantik ni kalau datang Labuan.

The post ‘View’ Cantik Tanpa Deretan Khemah, Ini Antara Pantai Paling Cantik Di Malaysia, Pelancong Luar Pun Serbu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*