Wanita Singapura Dijatuhi Hukuman Penjara Gara-Gara Kad Pokemon

penjara kad pokemon

Wanita Singapura Dijatuhi Hukuman Penjara Gara-Gara Kad Pokemon

Seorang wanita warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 31 bulan selepas mengaku bersalah pada Khamis lalu atas empat pertuduhan menipu.

Memetik SCMP, penipuan itu melibatkan proses jual beli kad Pokemon yang ditawarkan di Carousell bernilai lebih RM755,000.

Kes pertama dilaporkan melibatkan seorang pembeli yang tertipu dengan tawaran menarik melibatkan harga diskaun bagi setiap pembelian pukal kad Pokemon tersebut.

Pembeli itu dikatakan telah kerugian sebanyak USD60,000 (RM279,000) sebagai wang deposit dalam proses pembelian tersebut.

Pembeli yang lain pula melibatkan pesanan gabungan pukal yang melibatkan pengguna Facebook Pokemon TCG dan membayar deposit sebanyak USD15,550 (RM72,556).

Kedua-dua pembeli itu bagaimanapun pada akhirnya tidak mendapat sebarang kad yang dibeli oleh mereka.

Wanita berusia 26 tahun itu juga didakwa dalam tiga belas pertuduhan lain yang serupa dan telah diambil kira semasa keputusan dijatuhkan kepadanya.

Penipuan dijalankan menerusi platform atas talian

Sebelum ini antara 2021 dan 2022, wanita itu telah menggunakan akaun e-pasaran Carousel untuk mempromosikan penjualan kad Pokemon.

Penipu itu biasanya menjual setiap kad di dalam sebuah bekas. Di mana setiap bekas akan memuatkan enam kotak yang mengandungi 36 pek kad setiap satu.

Apabila pembeli yang berminat menghubunginya, dia akan memberitahu mereka bahawa kad itu perlu ditempah awal dan meminta mereka membayar deposit 50 peratus.

Penipu itu kemudiannya mengarahkan pembeli untuk memasukkan wang ke dalam pelbagai akaun bank yang berlainan.

Ini kerana namanya telah disenaraihitamkan daripada membuka akaun bank yang baharu.

Siasatan mendedahkan bahawa wanita itu tidak dibenarkan membuka sebarang akaun baharu dengan United Overseas Bank (UOB), OCBC dan DBS. Pendedahan itu telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sean Teh.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Sebelum ini, seorang pembeli yang memesan 74 bekas dari penipu itu pada 2021 lalu memindahkan sebanyak USD62,100 (RM 289,758) ke akaun bank yang ditetapkan.

Penipuan tersebut berterusan dari Februari hingga Mei tahun lalu yang melibatkan kos sebanyak USD59,000 (RM275,436).

Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada kenalan yang menggunakan akaun banknya akan menghadapi pertuduhan atas peranannya itu dalam skim tersebut.

Sumber: SCMP

The post Wanita Singapura Dijatuhi Hukuman Penjara Gara-Gara Kad Pokemon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*