Vokalis XPDC, Mael Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

vokalis xpdc mael meninggal dunia

Vokalis XPDC, Mael Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam, hari ini.

Berita duka tersebut telah disahkan anak perempuannya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks menerusi WhatsApp ke Astro Awani.

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Khabar duka itu turut dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz berdasarkan hantaran Facebook pengurus kumpulan XPDC yang dikenali sebagai Bro Yazid.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Selain itu, akaun Facebook rasmi XPDC (Official XPDC) turut berlangsukawa atas berita pemergian salah seorang ahli kumpulan muzik itu.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,”

“Salam takziah buat seluruh keluarga rapat Mael XPDC dan keluarga besar XPDC. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.”

Terdahulu, vokalis berkenaan pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak pada Ogos 2019.

Ketika itu, arwah telah ditahan di Hospital Muar juga dan menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih seperti sedia kala.

Band terkenal era 90-an

Untuk makluman, XPDC merupakan salah sebuah band rock yang terkenal di Malaysia sekitar 1990 sehingga awal 2000.

Band yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat jualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit.

Rekod tersebut diperolehi menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi lain.

Deretan lagu-lagu popular kumpulan ini menjadi siulan anak muda sehingga ke hari ini dan masih diputarkan di corong-corong radio.

Antara lagu terkenal XPDC adalah Nafisa, Hijau Bumi Tuhan, Aku Masih Disini, C.I.N.T.A dan Semangat Yang Hilang.

BACA: Tular Keadaan Selepas Ribut Landa Alor Setar, Pokok Tumbang Hempap Kenderaan

Sumber: Astro Awani

The post Vokalis XPDC, Mael Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*