Zelenksy Akui Konflik Israel-Gaza Alihkan Tumpuan Dari Isu Di Ukraine

zelensky israel gaza

Volodymyr Zelenksy Akui Konflik Israel-Gaza Alihkan Tumpuan Dari Isu Di Ukraine

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa dirinya mengakui isu Israel dan Gaza berjaya mengalihkan tumpuan dunia daripada konflik yang berlaku di negaranya, lapor BBC

Beliau mendakwa itu merupakan salah satu matlamat Rusia, sewaktu negara tersebut melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari tahun lalu.

Jelasnya, ia sejajar dengan tujuan Rusia yang mahu tumpuan itu ‘dilemahkan’ tetapi menegaskan bahawa ‘semua yang berlaku ada dalam kuasa kita’.

“Jelas bahawa perang di Timur Tengah telah menghilangkan tumpuan dari Ukraine,” kata Zelensky dalam satu kenyataan pada Sabtu di Kyiv.

Zelensky turut menafikan bahawa pertempuran di Ukraine telah mencapai jalan buntu walaupun penilaian telah dilakukan baru-baru ini oleh jeneral tentera tertinggi negara itu.

“Semua orang semakin penat dan terdapat pendapat yang berbeza.

“Tetapi ini bukan jalan buntu,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa dirinya mengakui bahawa Rusia ‘mengawal’ ruang udara dan Ukraine memerlukan segera pesawat pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (US) dan pertahanan anti-pesawat canggih untuk mengubah keadaan.

Setakat maklumat yang dikumpul, serangan balas Ukraine di selatan kini masih jauh menunjukkan kemajuan.

Perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu Barat Kyiv, dengan mencadangkan peningkatan pemberian senjata dan dana canggih kepada Ukraine.

Zelensky mengatakan bahawa perang kini bergerak ke peringkat kedudukan atau statik, dan perkara itu akan menguntungkan Moscow dengan membenarkan ia membina semula kuasa tenteranya.

BACA: Presiden Ukraine Dakwa Putin Dah Meninggal Dunia

Dalam perkembangan lain pada Sabtu, Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov mengesahkan bahawa askar Ukraine dari 128th Mountain Assault Briged Zakarpattia (Transcarpathia) terkorban dalam serangan peluru berpandu Rusia di wilayah selatan Zaporizhzhia pada Jumaat, seperti yang dikatakan oleh tentera Ukraine.

Susulan itu, beliau mengarahkan untuk menjalankan siasatan penuh terhadap perkara berkenaan yang disifatkan sebagai tragedi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa ramai askar yang maut dalam serangan tersebut.

Dalam pada itu, laporan media Ukraine sebelum ini melaporkan lebih 20 kakitangan perkhidmatan negara itu terbunuh dalam satu majlis anugerah yang dilaksanakan di sebuah kampung.

Kementerian Pertahanan Rusia kemudiannya dipetik oleh agensi berita kerajaan negara itu berkata bahawa 13 daripada 15 peluru berpandu Ukraine yang ditembak ke loji di bandar Kerch, timur Crimea ditembak jatuh, tetapi sebuah kapal Rusia dilapor rosak.

Sumber: BBC

The post Zelenksy Akui Konflik Israel-Gaza Alihkan Tumpuan Dari Isu Di Ukraine appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*