Mahkamah: Dua rakan berdepan hukuman mati, didakwa membunuh

IPOH – Dua lelaki berhadapan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur, dua minggu lalu.

Tertuduh M. Shart Yanantham Naidu, 28, dan G. Kesevaraj, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas T. Murthi, 37, di Jalan Putra 8C, Taman Klebang Putra, Chemor antara pukul 10.40 hingga 11.28 malam, pada 30 Disember 2022.

Pertuduhan yang dibacakan secara bersama itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Sheelan Arjunan.

Majistret Jesseca menetapkan 6 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Mahkamah: Dua rakan berdepan hukuman mati, didakwa membunuh appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*